
Persediaan berpindah ke Istanbul Turki – Episod 1
Banyak kami sorokkan kepada rakan-rakan tentang proses kami ke luar negara. Hanya berapa orang je tau. Kat tempat kerja hanyalah jabatan sendiri dan ahli keluarga pun, bukan semua…
Aku sengaja rahsiakan sebab taknak orang kata kami ni hangat-hangat tahi ayam je. Lagipun, kalau orang tahu awal, orang akan bosan. Yelah. Awal sangat umumkan. Kalau tak jadi, tak ke malu sepanjang hayat. Hihi
Tapi, mana boleh tak jadi. Kami dah nekad. Dah berapa tahun kami simpan niat. Habih orang kami contact. Duit dah banyak mana kami keluarkan semata-mata nak merealisasikan matlamat dicapai. Tak campur lagi dengan tenaga dan masa. Fuh, kalau boleh ditukarkan dengan benda yang boleh nampak, rasa tak tercirit korang tengok. Aku boleh cakap, urusan perkahwinan lebih mudah berbanding urusan berpindah keluar negara.
Bukan nak cakap besar. Persediaan berpindah keluar negara bukan semudah travel ke oversea. Banyak peringkat perlu dilalui. Bila nampak kami dah stay kat negara sekian sekian, nampak macam, eh, mudahnya dia ke sana. Bukan…
Sebab itulah aku rakamkan segala proses yang kami berdua tempuhi. Anak-anak pun turut sama berasa susahnya proses ini. Perasaan kami? Takyah cakap. Bercampur-gaur semua perasaan ni. Suka, teruja, sedih, geram, semua-semua la!
Supaya jerih ini diingati, kami rakam. Biar menjadi tontonan seumur hidup. Boleh la anak-anak tengok satu hari nanti. Selain tu juga, rakaman kami sekeluarga ini dapat membimbing orang lain yang berhasrat sama untuk menetap di luar negara.
Dah ramai yang Personal Message kepada aku dan suami. Asyik jawab yang sama je. Mujurlah dah siap video. Share je link.
Jadi, korang nak migrate tak? Tontonlah. Sesuai kepada yang dah berusia serta berkeluarga. Mungkin selama ini anda blur. Mungkin juga dengan tontonan ini membantu anda berjaya keluar. Mungkin bukan tidak pasti. Mungkin itu juga satu jalan kepada kejayaan. Pastikan disusuli dengan usaha.
- Ladang Bunga Matahari di Lopburi
- Beli tiket di Station Hua Lamphong Bangkok
- Trip Indochina – Sleeper bus dari Phnom Penh ke Bangkok // Day 6
- Trip Indochina – Killing Fields merupakan padang pembunuhan yang kejam di Kemboja! // Day 5
- Trip Indochina – Makan KFC di Phnom Penh, Kemboja // Day 4