TRAVEL
Hari pertama berhijrah ke Istanbul, Turki

Hari pertama berhijrah ke Istanbul, Turki

Terlebih dahulu, aku cuma copy paste je apa yang ditulis di wall FB sendiri bertarikh 14 November 2020. Tak sangka penulisan aku tentang perjalanan hari pertama ke Istanbul mendapat sambutan pembaca di sana. Supaya post ini tidak hilang begitu sahaja, rasanya lebih baik aku publish di blog agar membantu pencarian di Google pula.

Bismillah....

Hari ni dan kelmarin duk rumah je. So, sempatlah mengarang serba ringkas pengalaman perjalanan dari KB-Subang-KLIA-DOHA-ISTANBUL pada 3 Nov yang lalu. Hanya sekadar perkongsian.

Disebabkan Selangor dalam tempoh PKPB, kena dapatkan surat pelepasan rentas negeri. Kami mohon di ibu pejabat polis Kota Bharu dan sehari selepas tu terus dapat surat bertanda tangan ketua polis. Di dokumen tersebut perlu ada nama-nama yang ikut sama dan nama tempat dituju.

Lapangan terbang Kota Bharu sunyi sepi. Biasakan riuh rendah jugak. Sedih sebab waktu ni kami dah nak berpisah dengan keluarga.

Waktu ni tersangatlah sedih. Masing-masing berlinangan air mata. Diharapkan semua menjaga kesihatan diri. Kami akan pulang semula tahun depan. InsyaAllah

Kami naik flight Malindo Air. Kapal terbang bersaiz kecik. Seat pun dua2. Penumpang tidak memenuhi semua kerusi.

ak sampai sejam, kami pun sampai di Subang. Sama keadaan di airport KB, lengang. Kenapa Subang? Sebab penerbangan hari tu hanya turun di Subang sahaja dan tiada di KLIA.

Jadi, kami dah booking grab awal2 lagi untuk pick up kami ke KLIA. Seperti dijangka, ada sekatan polis. Tapi dilepaskan tanpa pemeriksaan surat. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Kalau semak, jadi lambat. Mungkin kena banyak jawab soalan… Jantung berdegub kuat pun tak elok jugak untuk kesihatan kan ?

Sampai je di KLIA, kena melalui imbasan suhu. Lebih kurang melalui lajuran peminat pulak sebab ramai sangat petugas. Tak perlu scan dahi. Lalu je sebab dah ada monitor scan suhu badan.

Tengok jadual lambat lagi. Ingat nak pergi makan. Tapi, kedai pulak tutup pukul 6 pm lagi dalam airport ni sebab ikut SOP. Laparnya…

Call grab yang sama mintak datang semula jemput kami untuk cari kedai makan kat luar. Nasib baik driver grab belum balik dan datang mengambil kami ke kedai makan berdekatan.

Tu pun makan kejap je sebab kedai kena tutup awal. Makan cepat2 dan terus ke KLIA semula. Baiknya driver grab sebab tak amik pun duit kami kali kedua perkhidmatannya. Biarpun dah berlaku bagaikan perang hulur terima duit. Tetap taknak. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah luah kepadanya. Amin.

Berbalik di KLIA sekali lagi, proses di kaunter sangat lambat memandangkan perlu menyemak dokumen dengan teliti. Antara dokumen wajib perlu ada untuk keluar negara adalah surat pelepasan ketua imigresen Malaysia. Kami membuat permohonan di website. Caranya ada di Channel Ralit di Youtube. Boleh tekan link ini.

PANDUAN KE LUAR NEGARA SEMASA COVID

Petugas sangat teliti dan sangat berhati2 membuat semakan. Banyak soalan ditanya bagi memastikan kami lepas di imigresen nanti.

Alhamdulillah, selesai di kaunter Qatar Airways, maka mudahlah di bahagian imigresen.

Suasana ni KLIA. Kami sedang beratur di kaunter Qatar Airways

Sebelum berlepas, kami dikehendaki memakai face shield dan mask sepanjang penerbangan. Tak boleh buka kecuali makan sahaja. Tidur pun wajib pakai.

Sama seperti Malindo, kapal terbang Qatar pun tak penuh. Seat panjang 4 orang pun boleh baring tidur. Maka, jam 2.30 pagi terbanglah kami jauh dari Malaysia… Selamat tinggal dan jumpa lagi.

Transit di Doha tak lama. Cukup sekadar nak betulkan posisi badan je.

Airport Doha. Tak buat apa pun sini. Turun kejap dan tak lama lepas tu naik balik ke atas flight.

Penerbangan 4 jam diteruskan sehinggalah tiba di lapangan terbang Istanbul. Di sini kami boleh buang terus face shield. Lupa nak bagitau. Budak bawah 2 tahun dikecualikan. Jadi, Niqrisa seorang jela free apa2 di muka.

Buat pengetahuan semua, kami tidak kuarantin sebagaimana Malaysia. Jadi, kita jaga kita jela. Setakat berada di Istanbul, mask sentiasa pakai. Boleh dikatakan memang menjadi sebahagian muka. Semua orang. Time makan je bukak kejap.

Aku taktau la ni ringkas ke tak. Macam panjang je. Sorry. Hihi


Aku letak di blog ni setelah 2 minggu berada di Istanbul. Macam mana kehidupan aku di sini? Aku akan kongsikan dari masa ke masa. Baru lagi. Masih lagi berasa seperti mood travel. Perasaan tu biasa aje. Sebab aku kan biasa travel dalam tempoh yang lama. Tunggu la sebulan dua. Mungkin lain macam skit kot penulisan aku. Haha

Doakan kami dipermudahkan urusan di negara orang ni. Ada la jugak waktu kami rasa hard. Tapi, kami biarkan beban tu jatuh sendiri. Tak perlu nak layan.

Next entri akan menyusul!

Leave a Reply