TURKIYE
Apartmen di Istanbul, Turki – Eropah

Apartmen di Istanbul, Turki – Eropah

Cerita sebelum ni tentang kedudukan rumah kami di bawah tanah. Aku cuba olahkan kepada pembaca untuk bayangkan bagaimana kebanyakan rumah di area perumahan kami tinggal sekarang ni. Ini hanyalah melalui pengalaman selama 4 kali keluar masuk tukar rumah.

Rumah di sini kebanyakannya apartment. Paling tinggi setakat tingkat 4 je. Lif setakat ni takde jumpa kecuali di supermarket. Tangganya cantik berputar-putar macam cerita ‘Istanbul Aku Datang’ yang dilakonkan oleh Lisa Surihani. Ingatkan rumah kami pun macam tu jugak. Sekali bukan. Takpe la. Rumah kami pun tak memerlukan naik turun tangga langsung.

Apartment sini takde laman untuk parking kereta maupun laman permainan untuk anak2 bermain. Nak main, kena jalan keluar. Ada banyak taman permainan.

Pernah ternampak sekali dua je apartment macam bangunan kolej berbentuk U dan berpagar. Yang banyak adalah bangunan apartment seperti kami, hanya ada pintu utama terus masuk kawasan apartment.

Teringat waktu sampai bermesej dengan orang yang carikan rumah buat kami. Soalan ditanya, rumah ada laman macam apartmen perumahan Malaysia tak? Mereka gelak jela. Bila datang, barulah jelas keadaannya.

Kami juga baru tau kelmarin yang rumah kami ni berada di tingkat aras dua. Padahal sama aras je dengan pintu utama. Kedudukan rumah kami separuh tenggelam bawah tanah. Dari dalam boleh tengok kaki orang berjalan. Eh, dah ceritakan sebelum ni?

Kawasan perumahan kami ni padat dengan penduduk. Jumlah sebenar rakyat di Istanbul berapa orang, kami tak pasti. Boleh cuba google ya.

Ada kelainan di rumah Turki yang aku rasa nak kongsi lagi. Pintu takde tombol. Yang ni aku pernah gelabah waktu mula-mula hari tu ? Nanti aku cerita kemudian.

Leave a Reply