TRAVEL
Jalan kaki atau naik teksi di Istanbul?

Jalan kaki atau naik teksi di Istanbul?

Seminggu pertama masuk rumah, kami banyak pergi dengan menaiki teksi ke kedai-kedai terpilih. Tambang sehala untuk satu destinasi antara 30-40 TL. Lebih kurang RM15-20.

Mahal jugak bagi aku. Tapi, nak buat macam mana. Dah terpaksa. Lagipun, kami satu keluarga 5 orang. Barang dibeli banyak.

Tapi, semenjak terkena 2 kejadian waktu naik teksi hari tu, seolah macam tobat dah taknak naik. Hihi Bukan maksud tolak terus teksi. Macam perit la bila ingat.

Pertama, kami kena ketuk mahal dengan pemandu dengan alasan aktiviti maraton di bandar. Mereka ambil kesempatan jalan banyak tutup dan terpaksa pusing jauh. Mulanya janji 100TL. Naik je kami dalam perut teksi, terus up 150 TL. Padahal jalan langsung tak sesak. Trafik macam biasa.

Kedua, kami terkena dengan pemandu bukan pemandu. Maksudnya apa? Dalam kereta tu ada detail nama dan muka pemilik teksi. Macam pelik tengok muka pemandu bukan sebagaimana dalam gambar. Dah la bawak macam orang mabuk. Tak pandai tengok maps satu hal. Takut dan geram sangat waktu tu, kami minta dia berhentikan kami berdekatan balai polis.

Cukup 2 pengalaman. Sekarang kami lebih selesa berjalan kaki. Kalau terpaksa pergi jauh, baik naik bas. Pakai je Kad Istanbul. Sekali touch, baru 3.50 TL. Kalau 4 orang, belum cecah 20 TL pun. Oh, ya. Budak-budak bawah 7 tahun percuma.

Tak jauh pun tempat nak beli barang. Sejak jalan kaki ni, banyak dah explore kawasan rumah ni. Jalan sikit, ouh… Sini ke orang jual buah murah. Jalan lagi ke selekoh lain, eh, banyak makanan sini.

Lebih banyak kami berjalan, lebih banyak diketahui. Berjalan jauh pun tak terasa sangat sebab sejuk. Suhu 11-13°c membuatkan kami selesa menghadapi keadaan di luar.

Tapi, bagi yang sakit sendi di kaki, azab la jugak tengok. Sebab sini jalan berbukit. Memang kena panjat dan turun setiap kali berjalan. Tangga pun banyak perlu dilalui. Bagi kami, ok je. Si kecil pula kami pakaikan baby carrier.

Bukan sebab muda. Sebab dalam masa yang sama, kami nak bakar kalori. Routine workout kami bila ke sini dah ke laut….

Musim sejuk cepat lapar. Makan pun banyak. Kena la bakar banyak kalori. Jangan sampai balik nanti orang kampung dah tak kenal 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *