Didenda OVERSTAY di Turki
Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di sesebuah negara adalah satu kesalahan. Kepada warga asing yang tinggal lebih masa atau masih di negara berkenaan akan dikenakan denda samada dalam bentuk bayaran ataupun penjara, atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, pelawat dikehendaki keluar daripada negara berkenaan sebelum tamat tarikh tempoh.
Setakat ke hari ini, belum ada seorang pun tahu yang aku dan dua orang lagi anak didenda kerana tinggal lebih hari di Turki. Sebelum aku masuk bab berapa kena denda, aku ceritakan dulu kenapa aku tinggal lebih masa.
Setelah seminggu sudah kami berada di Istanbul pada awal ketibaan dulu, suami aku cepat-cepat menyediakan dokumen untuk memohon ikamet. Ikamet di sana bermaksud permit permaustatin. Turki hanya membenarkan lawatan sementara kepada pelawat dari warganegara Malaysia selama 90 hari sahaja.
Ini bermaksud, aku dan anak-anak perlu segera memohon ikamet sebelum tamat tempoh yang dibenarkan. Untuk suami aku pula, pihak universiti sudah sedia memohon.
Cara Mengurus Ikamet di Turki
- Borang Ikamet (dicetak dan ditandatangan)
- Halaman pertama pasport.
- Gambar pasport berukuran 4×6 sebanyak empat keping (berlatar belakang putih)
- Salinan perjanjian sewa rumah.
- Sekiranya ada anak-anak, surat beranak perlu diterjemah dan disahkan oleh pihak nottery Turki.
- Bayaran permohonan bergantung kepada jumlah hari menetap.
Kebiasaan orang yang memohon tinggal di Turki adalah setahun. Jumlah perlu dibayar lebih kurang 700 TL seorang. Budak pula perlu bayar separuh daripada harga pemohon dewasa. Kiralah. Sekiranya bawa satu keluarga, jumlah bayaran semakin meningkat. Belum campur lagi bayaran dengan masalah semasa proses berlaku. Yang tu, aku taknak cerita.
Sekiranya memohon di Istanbul, proses permohonan mengambil masa yang agak lama kerana pemohon yang terlalu ramai. Jika dipohon di Ankara, Bursa atau mana-mana negeri lain di Turki, setahu kami prosesnya adalah sebulan sahaja.
Jadi, setelah 3 bulan kami di Istanbul, kami masih belum dapat Ikamet. Suami telah berjaya memiliki ikamet setelah sebulan tempoh permohonan. Untungnya jika permohonan diproses oleh pihak universiti atau tempat bekerja.
Ikamet ini sangat penting untuk segala urusan semasa berada di Turki. Contohnya, rawatan hospital, permohonan bil uiliti, sewa rumah, pembelian tiket dan macam-macam lagi keistimewaan sama rata yang dimiliki oleh rakyat tempatan.
Bagi aku dan anak-anak yang masih dalam proses permohonan, tidak dibenarkan untuk keluar dari negara Turki. Sekiranya kami melanggari peraturan itu, secara automatik permohonan kami terbatal dan perlu memohon semula sebagaimana proses di atas.
Dipendekkan cerita, kami terpaksa pulang awal ke Malaysia. Proses permohonan ikamet masih belum selesai. Namun, kami tidak boleh menunggu sehingga berjaya. Kami perlu pulang dengan segera dengan kesalahan overstay.
Semasa di airport, ada satu kaunter semakan tempoh keberadaan lawatan. Of course la dah lebih masa kan. Waktu tu aku dah 6 bulan di Turki. Dah terlebih 3 bulan wei… Jumlah bayaran untuk setahun ikamet perlu darab dengan dua. Inilah denda bayaran yang aku dan anak-anak kena hari tu. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Jumlah aku kena waktu tu sebanyak 3000 TL lebih. Bersamaan RM1500. Wow, kan…
Bukan salah kami tak buat ikamet. Masalahnya proses tu lambat. 6 bulan tinggal di Turki pun tak siap-siap lagi. Watdehek sungguh. Yang tak kena denda hanya suami aku jela.
“I refuse to pay.“
Terkedu suami dan petugas kaunter tu dengar aku cakap macam tu. Gila kau aku nak bayar tang-tang tu jugak. Sayang duit nak bagi macam tu je. Sebelum ke kaunter ni, aku dah buat research dulu.
Kata kawan, ramai orang Malaysia yang datang belajar ke Turki tapi tak buat ikamet. Kata mereka, lebih baik bayar denda daripada mohon ikamet sebab murah.
Tapi kan, ramai orang taktau yang kita boleh bertegas taknak bayar denda. Aku tak galakkan korang buat. Aku terpaksa akibat terdesak.
“Okey. But you and your children will be ban to enter Turkey for 3 months. After that, if you want to return to Turkey, you need to pay the fine”
Aku tak kisah. Bukan nak masuk balik pun ke Turki dalam tempoh terdekat. Mau setahun dua jugak. Selagi tak selesai hal di Malaysia, tak mungkin aku kembali ke Istanbul.
Mungkin waktu tu pasport dah bertukar. Nombor di pasport lama tak sama dengan yang baru. Aku teringat yang orang buat umrah. Tak dibenarkan pergi kali kedua dalam tempoh tertentu. Ramai yang buat pasport baru semata-mata taknak bagi trace. Aku agak je. Benda ni sungguh tak bertanggungjawab tau.
Maka. pulanglah kami ke Malaysia dengan keadaan didenda tapi tak bayar.
Aku tak kata yang aku bangga buat macam ni. Dalam masa yang sama, aku hal ni tak salah pun. Kiranya, ada pilihan kepada pelawat untuk tidak membayar. Akibatnya ada dan tetap kena tanggung.
Semoga entri ini dapat membantu anda membuat pilihan. Gorüşürüz!
2 thoughts on “Didenda OVERSTAY di Turki”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Salam.
Nak tanya ka, biaya denda overstay 3000 itu per-satu orang kah ka?
bayaran untuk 4 orang tu