Dari Turki pulang ke MALAYSIA >>> Catatan dan video
Seperti yang sedia maklum, aku ada post-travel-blues selama 3 bulan. Aku pun taktau betul ke tidak sindrom dialami. Sama je perasaan tu sebagaimana aku balik dari travel dari mana-mana negara. 3 bulan tu pun tempohnya tidak la tepat. Aku hanya agak je. Lebih kurang tempoh itu.
Daripada aku layan perasaan yang tidak menguntungkan itu, lebih baik aku on balik laptop dan edit video. Dah lama aku simpan bahan ni. Sayang jika tidak dikongsi. Mungkin video kurang durasi 15 minit boleh membantu orang lain. Mana tahu kan.
Ketika kami pulang ke Malaysia bulan April 2021 hari tu, kami perlukan banyak persediaan memandangkan SOP yang ketat. Leceh fly waktu pandemik covid-19 ni.
Negara Turki tidak memerlukan prosedur sebagaimana keluar masuk di Malaysia. Cukup sekadar beli tiket flight dan balik.
Jadi, di Istanbul tu hanya perlu fokus kepada menyelesaikan pemotongan perkhidmatan utiliti, rumah dan transportation ke lapangan terbang.
Alhamdulillah. Perkara di Istanbul dipermudahkan. Barang jualan pelanggan selesai. Internet, bil air dan bil gas boleh letak tarikh pemotongan. Transportation pula dah call awal-awal. Rumah je problem.
Agent rumah buat hal. Jadi, tak dapat la deposit segala mak nenek. Beribu kau. Nak bagi win-win situation, kami sekeluarga guna elektrik sebanyak yang mungkin dan tinggalkan bil yang banyak kepadanya untuk dia bayar. Kira, biar dia bayar pakai deposit tu.
Sebulan nak balik tu, kami sungguh selesa menggunakan air panas dan hangatkan rumah. Aku taktau la berapa bil yang dikenakan. Semoga mencukupi.
Nasib baik perabot kami dibeli semula oleh penjual barangan terpakai. Dapat la duit tambahan sebelum pulang ke Malaysia. Kami tak perlu bersusah-payah angkut barang naik lori. Dia minta kami tinggalkan kunci dan dia akan datang punggah satu-satu. Bagi memudahkan dia, kami dah leraikan perabot. Sampah-sarap dibuang. Takde cecair ditinggalkan.
Disebabkan pengalaman jual rumah sebelum ni, untuk kali ini menjadi mudah. Entah la. Mungkin doa daripada keluarga dan rakan kami.
Kunci kami tinggalkan dan dimaklumkan kepada tuan rumah. Itupun agent rumah tak sudi nak balas mesej. Bukan nak mintak duit pun. Nak bagi kunci.
PULANG KE MALAYSIA
Banyak hal terjadi semasa berada di lapangan terbang. Aku akan cerita lain kali. Tak boleh nak tidur. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku. Jika pipi ni kena toreh dengan pisau, tak mengalir darah aku rasa… Punya la kecut. Hehe
Yang melegakan adalah, keputusan ujian swab negatif. Alhamdulillah. Takut betul dapat whatsapp daripada doktor yang korek hidung kami. Bukan baca satu keputusan je. Tapi lima orang!
Dipendekkan cerita, kami pun pulanglah ke Malaysia dengan menggunakan Turkish Airlines. Mahal gila tiket waktu tu. Penumpang berapa ketul je dalam pesawat.
Aku akan ceritakan pengalaman semasa di airport Istanbul ni. Huru-hara sekali. 24 jam kami terasa macam 24 minit. Banyak hal terjadi!
Goodbye Istanbul. Pengalaman pernah tinggal dan menetap di Turki menjadikan kenangan yang sangat, sangat, sangat berharga. Mana nak dapat pengalaman macam ni oiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner
- Naik teksi di China dengan Didi Apps – Greater China
- Apps perlu download sebelum travel ke China
- Naik teksi di China guna Aplikasi Didi