Lockdown di Turki
Dah hampir dua bulan meninggal bumi Istanbul. Aku pun dah lupa dinginnya musim sejuk tu macam mana rasa. Lidah pun dah keras nak menyebut beberapa perkataan dalam Bahasa Turki.
Adakala kami berteka-teki dengan anak-anak maksud ayat yang biasa digunakan di sana. Alhamdulillah. Anak-anak masih memahaminya. Suami aku pun masih lagi menjalani pengajian Bahasa Turki secara atas talian di universiti yang sama. Aku pulak bakal sambung ke bahasa A1-B dengan Institusi Yunus Emre.
Hari ni pula merupakan hari pertama lockdown 3.0 di seluruh Malaysia. Membuatkan aku teringat bagaimana kami lockdown di Turki.
Waktu kami tiba pada bulan November 2020, Turki belum mengarahkan lagi lockdown di negaranya. Untuk 2-3 minggu pertama tiba tu, kami masih boleh keluar berjalan-jalan tanpa ada sebarang sekatan.
Sehinggalah kes jangkitan Covid-19 terhadap rakyatnya meningkat kepada 30 ribu sehari. Memang gelabah bila kami tau pada awalnya. Malaysia waktu tu hanya beberapa ratus je tak silap.
Oleh itu, Presiden Erdogan mengeluarkan arahan untuk full lockdown pada setiap Sabtu dan Ahad. Hari biasa dibenarkan berurusan dari pukul 7 pagi sehingga 9 malam bagi yang berumur 21-59 tahun. Manakala kanak-kanak pula dibolehkan keluar pada jam 1-3 petang. Orang yang berusia ada jugak tempoh. Aku pulak dah lupa. Sekolah dan institusi ditutup sepenuhnya. Tidak boleh makan di dalam restoren dan hanya boleh bungkus sahaja. Pengangkutan awam tidak dibenarkan kepada kanak-kanak. Dan ada lagi beberapa perkara yang aku malas nak senaraikan.
Tapi, semua curfews ini hanya kepada rakyatnya. Tidak kepada pelancong. Aku sekeluarga belum mempunyai PR, maka sesedap rasa la nak keluar. Pun begitu, aku tetap tak berani ambil risiko membawa anak-anak merayap sakan. Negara Turki antara negara tinggi kes di dunia. Top 10 gitu.
Jadi, hanya aku dan suami jela ke hulur ke hilir membuat urusan. Mujurlah anak sulung tu dah berumur 13 tahun. Lagipun, rumah kami mengadap jalan orang lalu-lalang. Kami pun pergi tak jauh.
Apa yang dilakukan oleh Presiden Erdogan ni memberi impak kepada penurunan jangkitan Covid-19. Banyak tau. Daripada 30 ribu kes kepada 8 ribu kes sehari. Hebat betul.
Sektor pekerjaan tidak disekat. Masih lagi beroperasi seperti biasa. Nama je full lockdown di hujung minggu, tapi orang ramai masih boleh membeli-belah di kawasan berdekatan rumah.
Kawasan rumah aku tu ada pelbagai kemudahan membeli. Memang jalan kaki je. Nak order online pun boleh. Banyak orang membuat pesanan seperti negara kita. Cuma takde la grab food, panda food semua tu. Tuan kedai sendiri ada inisiatif hantar sendiri. Beli sabun pun kedai runcit boleh hantar tau. Pastikan turunkan baldi je melalui tingkap apartmen.
Sebelum aku balik ke Malaysia, dah takde sekatan lockdown. Sebabnya kes menurun mendadak. Sekolah pun dah buka macam biasa. Seronok la aku boleh bawa budak-budak pergi jalan-jalan. Sempat la pergi ulang-alik ke Hagia Sophia entah ke berapa kali. Tak terbilang sebab dekat.
Tapi kan, lebih kurang sebulan yang lalu, Turki full lockdown sekali lagi selama 3 minggu. Sebabnya kes jangkitan meningkat balik sehingga ke 80 ribu sehari. Gila betul!
Aku pun nasib baik jugak sempat balik sebelum berkrik-krik duk dalam rumah berminggu-minggu. Mana sanggup wei… Dah la rumah aku tinggal tu bawah tanah.
Itu je perkongsian aku pasal lockdown di Turki. Malaysia pun boleh turunkan kes jangkitan. Aku setuju lockdown. Tapi dalam masa yang sama tidak juga bersetuju. Simpati kepada orang yang kais pagi makan pagi…
Elok juga Malaysia cuba praktikkan sebagaimana negara orang lain. Contohnya Turki ini. Mereka menyekat pergerakan, tapi dalam pada masa yang sama tidak menyekat ekonomi.
Malaysia pun dah ada perubahan. Biarpun kes meningkat paling tinggi 9 ribu. Terkejut aku sebab rakyat kita tak ramai berbanding Turki yang mencapai 83 juta. Angka ni aku cedok daripada sumber google.
Oleh itu, stay safe semua. Nak buat pape, sila ingat orang lain.
- Aku umpama nomad, berpindah-randah
- Bila dah tetapkan, jangan ada PENYESALAN
- Jalan terus. Tak payah nak toleh!
- Pengembaraan satu family ke Guangzhou, China
- Percayalah, Allah is the best planner