Raya Eid @2015
Berhabuk blog ni. Dah lama tak bukak dan tak update new news. Baru ada kesempatan membuka laptop. Ni pun didesak oleh keluarga suruh cepat-cepat memuatnaik gambar raya pada 27hb Julai hari tu. Mereka tak sabar nak tengok gambar. Kami tak pakai enset. Pakai dslr. So, nak pindah gambar tu amik masa sikit la.
First, bila dah transfer, tak tau nak pilih yang mana. Tengok banyak yang blur. Kitorang tak pandai mengambil gambar. Apatah lagi nak edit. Sangat………… Fail. Tak kisah la. Bukan buat bisnes pun. Just simpanan sendiri sahaja. Sikit pun tak melibatkan duit sesapa. Bagi kami, dah terlampau cantik dah tu. Hahahaha
Tema warna raya kami tahun ni adalah Turquoise dan kuning. Sangat menyela kata orang Kelantan. Kain sari yang 6 meter. Dapatlah kami 2 beranak dua pasang. Abah dan Nufail beli sedondon. Nasib la tahun ni dapat warna sama. Inilah pertama-tama kalinya exactly same color. YEAH!!!!
Tempat yang sama bergambar, namun posisi berbeza. Posing pun dah lain. Dan ada antaranya tak masuk gambar.