Langkah 1 – Kami Videographer
JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGHASILAN DILEM PENDEK/ANIMASI SEMPENA “SABAH SCREEN FEST”
Sukacita dimaklumkan, SMK Banggol dengan gembiranya untuk menyahut cabaran dalam menghasilkan filem pendek yang akan disediakan oleh Pengawas Media seramai lapan orang. Mereka tanpa berasa ragu-ragu dan sangat teruja apabila menerima surat jemputan tersebut. Bukan hadiah yang mereka kejarkan. Mereka ingin mempelajari bagaimana filem dihasilkan. Kami dengan senang hati akan membantu setakat yang termampu kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk menghasilkan video.
Surat ini sebenarnya daripada PKG Binjai dan dipanjangkan kepada SMK Banggol. Klik
Pengawas Media dilantik pada awal tahun 2015 di SMK Banggol bagi membantu sekolah daam penyediaan Dokumentasi yang bermutu. Tugas yang perlu dilakukan oleh PM (Pengawas Media) adalah mengambil gambar bagi setiap program yang diadakan di sekolah. Buat pertama kalinya, mereka menerima tugasan menyediakan video dan rata-rata mereka langsung tiada pengalaman mengenainya. Selaku guru pembimbing, saya mengarahkan mereka untuk menyediakan cerita pendek lagi ringkas. Saya menerima tiga olahan cerita yang berbeza dan telah membuat keputusan. Namun cerita perlu diubah untuk memudahkan penggambaran dilakukan. Akhirnya final cerita telah disiapkan.
Takpe ke letak sinopsis di sini?
Storyboard
Sebelum menyediakan storyboard, perlu difikirkan filem ini merupakan genre apa. Humor, sedih atau aksi. Dan, bagaimana scene ini bermula. Di mana tempat yang perlu digunakan? Pelbagai soalan inilah yang akan mengolah jalan cerita. Perlu kuat berimaginasi dalam menghasilkan filem yang tidak puas ditonton. Pastikan setiap scene tidak berulang supaya tidak bosan.
Ini merupakan storyboard dan akan dihasilkan dalam filem pendek tersebut. Ada kotak yang mengandungi situasi yang berlaku pada scene berkenaan. Nombor (1) dimasukkan bagi menyatakan scene ke berapa. Musik berada di bawah kotak lukisan dan sebelah kanan merupakan Action. Musik maksudnya segala bunyi ingin dimasukkan seperti dialog dan bunyi latar belakang perlu dinyatakan. Bahagian Action pula menyenaraikan apa yang perlu dilakonkan oleh pelakon tersebut.
Mengapa perlu storyboard? Sebab storyboard ini bagaikan pengarah yang akan mengarahkan apa yang krew pembikinan akan lakukan. Ia menjelaskan dan akan membantu melancarkan penggambaran serta mudah difahami oleh semua krew. Lukisan tak perlu detail. Sekadar sketch pun takpe. Asal dapat difahami. Dalam satu muka surat kertas A4 boleh memuatkan tiga scene. Kertas pun dapat dijimatkan.
Setakat ini sahaja. Selepas ini akan ada kemajuan lain. Buat apa ye? Tunggu 🙂