Langkah III – Kami Videographer

Setelah siap rakaman dibuat, pelajar dikehendaki menyunting semua scene. Menyusun semula rakaman dibuat, yang semestinya berterabur kerana dirakam tidak mengikut masa yang ditetapkan. Ini kerana banyak kekangan, guru mata pelajaran tidak membenarkan pelajar keluar kelas, atau cuaca yang tidak baik. Rakaman ini mengambil masa beberapa hari. Jika tidak menjadi hari ini, maka perlu diulang sekali lagi pada keesokan hari dengan pakaian yang sama, tempat yang sama juga. Nasib la. Disebabkan itulah perlu dirakam banyak kali bagi mudah membuat pemilihan semasa suntinga. Bukan semua scene perlu digunapakai semasa suntingan. Abaikan bagi scene yang berulang. Pilih yang betul-betul berkualiti sahaja.

Selsesai suntingan, perlu memasukkan suara latar bagi menampakkan jalan cerita. Musik latar juga perlu bersesuaian dengan jalan cerita. Naikkan mood mengikut situasi. Ada beberapa scene terpaksa menggunakan animasi bagi menampakkan kekalutan. Semuanya perlukan pemikiran yang kreatif. Suntingan ini tidak semestinya mengikut papan cerita, ianya boleh diubah jika terdapat keperluan lain.

Kami membuat suntingan pertama dinamakan sebagai Projek 1. Kemudian, render untuk publish dan dikongsi melalui app whatsapp. Tujuannya adalah untuk rujukan. Akhirnya tersebar ke seluruh sekolah bandar Kemaman…. Bahaya betul. Untuk Projek 2, kami menyerahkan sepenuhnya pelajar membuat suntingan dengan bimbinga, dan langsung tidak diviralkan. Buat senyap-senyap je. Risau sekolah lain amik dan tiru. Menangis la kalau ada…

 Skrip bertemankan meggi

Yang ni, pelajar tak mampu buat. Kami la yang 100% buat. Kalau sebelum ni, dengan bimbingan, yang bahagian ni, susah skit. Projek 2 langsung tak publish mana-mana, Render dan terus burn dalam cd. Tak mau pisang berbuah dua kali. Mana taknya, dah merebak keseluruh sekolah kemaman.

1. Rekaan menu dibuat untuk DVD
2. Kulit kotak DVD dengan menggunakan bekas blurey… Sori, sebab tak jumpa kotak bekas biasa.
3. Sticker CD
4. Alamat ditaip, dan bahan telah siap dimasukkan ke dalam sampul. Pastikan alamat ke Sabah.
5. Hantar menggunakan Poslaju.

Kos semua ni? Semua cikgu ye…. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *