Bangkok
Malaysia ke Bangkok dengan tren – Siri Terakhir

Malaysia ke Bangkok dengan tren – Siri Terakhir

Kami perjalanan pulang ke Malaysia dan akan transit di Stesen Keretapi Hatyai sekali lagi. Kami banyak menghabiskan hari-hari kami di Thailand dengan menaiki tren sahaja dan itulah niat kami. Anak-anak la yang paling gembira dan kami juga memperoleh banyak pengalaman. Entry ini juga membantu kepada sesiapa yang yang berminat ke sana dengan alternative lain selain kapal terbang atau berkereta.
 
5 Disember 2015
 
Tren delay sekali lagi selama 1 jam. Tren ini tidak singgah banyak stesen sebagaimana Rapid Train. Sebab tu namanya ekspres kot. Tren sampai ke Stesen Hatyai pada pukul 7 pagi. Seterusnya meneruskan lagi perjalanan dan akan berakhir di Sungai Golok. Keadaan kali ni takde la macam sebelum ni. Kami dah yakin untuk berjalan-jalan di Bandar Hatyai. Kami tengok ramai yang memakai baju kuning bertulis “Bike for Dad.” Bila tanya kenapa, dia jawab boleh beli kat pasar. Tanya lain, jawab lain.
 
Berjalan jauh ke kedai makan Roti Tambrab. Fans Toyota Club jumpa SEG plat Thailand.
Kami singgah ke kedai makan yang agak jauh daripada stesen iaitu kedai makan Roti Tamrab. Lega apabila melihat ramai rakyat Malaysia berada dalam kedai tu. Seolah-olah macam satu rombongan bas. Yang tak bestnya, rakyat kita kurang prihatin dengan tanda dilarang merokok. Selama kami berada di Thailand, tiada asap rokok di dalam kedai. No komen. Bukan nak kondem dengan perokok. Cuma tak sensitif dengan larangan merokok tu. Hormatilah bila berada di tempat orang. Selesai makan, kami ronda-ronda dulu bandar Hatyai dengan menaiki tuk-tuk.
 Kami menaiki tuk-tuk kepunyaan Abang Shaari (0869583966) dengan harga 200 baht pergi balik. No.tel diberi dan mudah berkomunikasi kerana dapat bercakap bahasa Melayu. Siap bagi 20 baht seorang untuk anak-anak kami. 
 
Kami berada di Plaza Hatyai. Banyak jual pakaian. Jumpa ramai orang Malaysia kat sini. Ramai yang bershoping. Kami tengok dan jalan-jalan sahaja.
Dapor Muslim. Tomyam yang mantap. Ni tinggal kuah je. Patut ada isi ikan siakap dan udang. Memang pergh! Dalam kedai ada notis NO SMOKING.
Kami ambil gambar sebanyak mungkin di Hatyai Station.
 Nufail mengambil alih menjadi jurugambar. Macam gambar kahwin dah pun.
 Kami berwefie. Memang centre gambar Nufail ambil. Walaupun dah penat, muka tetap ceria. Kami dah mula rindu pada rumah.
 Station Hatyai ni panjang. Kami tak round habis pun. Disebabkan tempat ni memanjang, jadi banyak sudut perspektif satu titik diambil.
Bergambar dengan Tren KTM. Coach ni last berkhidmat pada Disember ini. Untuk Januari 2016, semua tren KTM ni akan diganti dengan Tren ETS. I merupakan kesempatan terakhir bagi kami menaikinya. Dah tak ada tren katil.
Perbelanjaan yang tidak sampai RM2000 untuk lima hari perjalanan pergi balik ke Bangkok seramai empat orang (2 adult, 2 child). Kalau nak melawat tempat di sana kena tambah lagi la. Banyak tempat boleh pergi antaranya, Tiger Tample, Temple of The Golden Buddha, Khaosan Road, Grand Palace, Floating Market, Duzit Zoo dan lain-lain. Kami dah senaraikan tapi tak sempat pergi sebab tren sana banyak delay. Kena standby satu perjalanan untuk tren sahaja dan sehari lagi untuk melawat. Tempat kami senaraikan tu semuanya berdekatan sahaja. Boleh je nak jalan kaki. Kalau tak, entry kami mesti lagi menarik. Takpelah, target Cuma tren. Pergi balik dengan selamat kira dah bersyukur sangat. Satu langkah untuk permulaan sebuah perjalanan. Bye!
 

Tren tu pegi Bangkok ke.. from RalitMedia on Vimeo.

 
Tips keluarga :
  • Sediakan beg untuk anak-anak dan isikan buku nota kecil, pen, tisu, makanan seperti biskut dan maklumat diri.
  • Handbeg perlu bawa untuk memudahkan kita letak purse/wallet dan barang berharga kecil. Letak di bahagian depan badan. Kalau perempuan, guna beg tali panjang dan silangkan. 
  • Pesan pada anak-anak supaya sentiasa berada berdekatan kita. Pimpin tangan mereka atau biarkan mereka berpegang pada tali beg. 
  • Bahagikan duit dengan pasangan.
  • Buat research sehabis banyak supaya biarlah kita ke sana dengan bermaklumat. 
  • Fokuskan kepentingan anak-anak dahulu sebab mereka akan mudah meragam.

Leave a Reply