Kegunaan lain Panadol
Sumber internet
Selain itu juga, Panadol ini juga ada kegunaan lain. Yang ni kami tidak pernah berkongsi. Memandangkan kegunaan kedua ini amat berguna, kami kongsi secara umum di sini.
Bila mana kami menginap di hotel, kami tidak membawa iron. Jadi, kami terpaksa guna iron hotel. Iron hotel ni ada level kepanasan. Iron kami di rumah tiada level dan kepanasannya tidak akan menjejaskan pada pakaian seperti terbakar.
Hendak dijadikan cerita, satu hari tu (nama hotel dirahsiakan?) Kami terpaksa guna iron hotel. Tanpa sedar, pakaian telah pun hangus kerana iron dibiarkan agak lama. Menjerit-jeritlah kami sambil mengangkat iron dengan keadaan kelam-kabut. Tapi, semua tu telah terlambat. Cebisan kain yang terbakar telah pun melekat di muka iron.
Takut dengan harga ganti rugi yang perlu kami bayar, kami cari alternatif dengan membuka channel di youtube dengan buat pencarian “Remove Iron Stains”
Haa…? Pakai Panadol je tanggalkan kesan terbakar di iron? Macam tak percaya, kan? Tanpa berlengah, kami cuba sebutir Panadol dan dijadikan korban pertama. Panadol yang mencair di atas iron meresap kesan terbakar dan kami lapkan menggunakan stokin. Dan hasilnya, berjaya! Kami ambil lagi beberapa biji Panadol dan akhirnya kami berjaya hilangkan kesan kain terbakar di iron hotel.
Gembirannya sebab iron dah elok seperti sedia kala. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Duit selamat, perasaan pun lega. Kami tiada gambar satu persatu semasa proses menghilangkan kesan. Kalut sangat masa tu. Yang tau, cuma hendak kembalikan seperti sedia kala sahaja. Percayalah, memang menjadi. Selamat mencuba!
Ops, kisah tak bawa Panadol pernah kami kongsikan dulu. Azabnya Allah sahaja yang tahu. Sila klik gambar untuk mengetahui cerita penuh.
Azizi Aziz
0