TALK
Kali ni ke England, UK

Kali ni ke England, UK

Tajuk pun kan… Well, bagi yang membaca, itulah point nak bagitau. Zizi dah berjaya sambung belajar di England, UK. Di University of Sunderland. Area mana dalam maps, google la sendiri.

Selepas berhempas-pulas bertahun lamanya, akhirnya berjaya keluar dengan mengikuti proses yang betul. Bukan jalan pintas, bukan gamble plan, our own funding, dan satu patah je tak lekang di mulut, ALHAMDULILLAH…

Allah maha mendengar lagi maha melihat. Allah suka akan hambaNya berusaha dan berdoa tanpa putus. Walaupun seorang sahaja yang dapat pergi, aku anggap ini pencapaian bersama.

VISA LULUS

Panjang lebar mukadimah. So, aku nak ceritakan apa yang berlaku selepas visa UK lulus. Hal bagaimana nak apply uni secara sendiri2 akan diceritakan kemudian. Tolong ingatkan. Hal visa dulu, okey?

Email tentang kelulusan visa dapat tau 10 hari sebelum keberangkatan. Sebelum tu kami berjimba dulu di Thailand. Kemain seronok. Balik tu terus dapat berita lulus.

Terus prepare apa yang patut. Kami sediakan checklist perkara penting perlu adakan dan sediakan. Semua tu ditampal pada dinding di pintu masuk rumah. Senang. Pakat2 ingatkan apa yang belum buat.

HEALTHCARE CHECKLIST

Hal pentinggggg sangat! Memang la ada insurans. Tapi, maunya pergi sana nak melayan sakit, kan. Takpe la bayar insurans mahal pun. Taknak la sakit oiii. So, ini senarainya.

  1. Inject vaccine Influenza
  2. Rawatan gigi
  3. Beli ubatan penting yang mencukupi untuk 3 bulan
  4. Dapatkan precription ubat daripada doktor bertauliah
  5. Tibi test
  6. Medical check-up

HOSTEL ESSENTIAL

Sama la macam budak lepasan SPM nak sambung belajar. Gini jugak la orang tua-tua nak pergi further studies. Ini item yang diperlukan.

  1. Cadar, selimut, comforter.
  2. Periuk nasi, air fyer
  3. Utensil ; pinggan, thermos, sudu, pisau masak, senduk, span, kain lap, etc
  4. Hanger, laundry basket, sabun basuh, tuala mandi
  5. Toiletries ; shaver, alat mandian dan kebersihan
  6. Selipar, stoking

PERSONAL ITEM

  1. Jacket 4 seasons ; fleece, long john, parka, sweater, sweatshirt, hoodie
  2. Payung, raincoat
  3. Kasut / but waterproof
  4. Buggy jeans
  5. Headphone, laptop
  6. Stationary stuff
  7. Wallet ; cash or card
  8. Additional glasses
  9. Skincare

DOCUMENTS

  1. Passport
  2. Gambar passport
  3. Driving license
  4. CAS letter ; for international students
  5. Academic documents ; ILETS, certificate
  6. Accommodations confirmation letter
  7. Statement bank
  8. Police letter

Aku tak senaraikan semua. Tapi inilah yang kami kena ready sebelum kesana. Tiket flight beli last minute. 5 hari sebelum berlepas. Agak keras harganya. Nak tak nak, kena beli jugak. Sehala RM2700 ke Newcastle.

Alhamdulillah. Entri ini publish selepas 3 hari Zizi kat sana. Nak kata berjalan lancar tu, bukan semua. Tapi, berjaya sampai. Flight from KB – KLIA boleh terlepas. Terpaksa naik business class. Hanya di Subang.

Timbangan di KLIA dan KB tak sama. “Ada ralat pada scale.” Kata stuff MAS. Kena koyak balik wrapping plastic yang berharga RM66 dan wrap balik.

Tiba di airport Newcastle, beg tarik besar hilang. Semuanya baju dalam tu. Dah la sejuk. Jaket, selimut dan segala jenis kain dalam tu. Tuala pun sama…

Tapi. Bukan semuanya pengalaman buruk.

Hari terakhir tu adalah hanya dihadiri keluarga terdekat. Tiada maklum kepada sesiapa. Warming betul rasanya. Hari tu jugak la 1st time beli tiket di kaunter. Dan aku belajar sesuatu cara beli tiket lagi murah.

Zizi dijemput oleh seorang rakyat Malaysia yang sangat kami adore selama ini. Entah korang kenal ke tak. Encik Jamalullail. Orang pertama bawa family pulang ke Malaysia dari UK dengan motorhome.

Dia punya hospitality memang terbaik. Jemput, bagi bermalam, beri makan, hantar ke hostel, berikan bekal siang malam serta sedekahkan bantal dan comforter. Terima kasih banyak-banyak.

Dan beg baju tu still wondering kat mana. Entah fly ke Turki. Kita taktau kan bila dia bosan nak patah balik ke UK.

Panjang ke? Ingat nak sambung lagi. Tapi, nanti dulu la. Bila bercerita pasal ni aku suka sangat. Payah nak berhenti. K, tata!

Leave a Reply