TALK
PJJ Life – Malaysia // England

PJJ Life – Malaysia // England

Sempena genap dua minggu keberangkatan suami tercinta ke Sunderland, aku nak ceritakan serba sedikit bagaimana kehidupan kami.

Kena cerita. Kang orang ingat semuanya smooth takde masalah. Happy ending serta bahagia sentiasa. Inilah realitinya.

POV my husband

Aku cerita versi suami aku dulu. Dia tertinggal flight pada hari fly ke KLIA. Terpaksa beli tiket on the spot di kaunter. Mahal dowh… Nak buat macam mana. Takkan nak cancel pergi kan. Dah timbang, dah check-in luggage, maka sampai la ke Subang. Subang airport ya, Bukan di KLIA.

Maka kena la naik grab from there dengan harga RM50+ tak silap. Sampai di KLIA, timbang beg lebih pulak 1 kg. Bengang jugak la sebab dah wrap. Beg besar pulak tu.

Dah bukak, keluarkan barang dan buh dalam beg sandang, kemudian wrap lagi sekali dengan bayaran sama, barulah selesai. Hotel airport pulak dah rugi beberapa jam. Kena booking awal takut penuh.

After 13 hours, transit di London 2 jam dan destinasi terakhir adalah di Newcastle. Di sana, Tn Jamalullail dah menanti untuk pick-up terus untuk bermalam di rumahnya.

Seronok la kan ada orang jemput. Masalahnya, beg patutnya 3, tinggal 2 je. Beg tarik paling besar dan banyak problem tula yang hilang. Airport suruh bersabar dan akan dikembalikan mengikut alamat tempat tinggal.

Dengar boleh. Percaya jangan. Sehingga ke hari ini beg tu belum tiba ke pintu. Barang dalam beg tu semuanya keperluan essential. Dah la beli baru. Harga sampaikan tak kisah langsung. Eh, alih-alih hilang!

Nasib baik suami kata Tn. Jamalullail tu ada bagi comforter and bantal. Baju-baju semua yillek!

Jadi, itu serba sedikit kesusahan dan keindahan yang perlu tempuh pada awal penghijrahan. Tak boleh nak pilih. Kena harung dua-dua.

POV myself

5 hari pertama tu ok sangat. Lancar dan boleh diurus sebagaimana rutin seharian. Aku dah dilatih berbulan untuk membiasakan diri. Namun, kejap je. Allah uji pada sisi lain.

Berat mat. Nak cerita pun kena rahsiakan sikit-sikit. Sebab semua ni sulit.

Pendek kata, aku ada 3 kes la dalam tempoh selepas suami aku tiada. Tegang leher dan kepala waktu aku atasi masalah ni. Nak tak nak, aku kena tempuhi jugak walaupun dengan linangan air mata.

Alhamdulillah. Dengan MC yang aku dapat 3 hari berturut-turut ni, aku rasa lega sikit. Time aku update entry ni aku masih MC. Ramai yang curious kenapa aku macam ni.

Masalah bertubi-tubi datang siapa tak tegang leher oiii… Biasanya suami aku ada. Dia tak dapat handle pun, aku ada bahu untuk aku mengadu. Ini jauh. Sekadar videocall tak memberi ketenangan fizikal. Mental koyak beb.

Walaupun aku cuba tenang, tak mudah. Emosi tu tiba-tiba jadi tak stabil. Mix and chaos in my head. Aku cuba nak bercerita pada orang lain. Takdenya nak dengar.

Diorang akan mula bercerita kisah dia atau kisah orang lain. Fuh, terdiam terus aku bila terpaksa tambah masalah orang lain dalam kepala ni.

Jadi, aku buat keputusan zip mulut dan berkata, “Semuanya ok.”

UJIAN HANYA KEPADA HAMBA-NYA YANG MAMPU

Nak kata aku tak boleh handle, bukan la 100%. Suami aku dah bagi aku berdikari tanpa bantuannya dah lama. Bukan dia taknak. Dia nak guide aku. Selepas ketiadaannya, aku boleh ikut sahaja rutin kebiasaan. Cuma, aku tak sangka Allah uji dari sudut lain.

Sakit yang sangat pedih.

Sakit tu bukan pada luaran. Tapi pada mental. Berjauhan, dipaksa tiada kemampuan, pakej. Ikutkan hati, mau aje aku quit and fly. Apakan daya, itu kerja bodoh tanpa perancangan. Aku bukan Gen Z yang sesuka dia je buat keputusan.

Geng Millenial ni orang yang mengatur strategi sebagai langkah menuju impian. Impian pulak berlawanan dengan otak Gen X.

Tiber cerita pasal gen, gen.

Kami berdua dah menerima banyak tekanan. Ya, kami dah set dalam kepala untuk susah. Cuma, susah yang ini takde dalam plan. Tersentak jugak la jiwa ni…

DOAKAN KAMI

Suami aku cakap nak balik. Dia rindu kami. Berjiwa keluarga. Tempat gah hebat macam mana pun, tanpa keluarga tak bermakna. Sama macam aku. Nasib baik la anak-anak ada semua dengan aku. Itulah sumber kekuatan aku sehari-hari.

Namun, takkan nak kalah pada emosi. Ikut perasaan, akan binasa. Kena fikir yang perancangan ini bukan bulan lepas. Dah makan masa bertahun-tahun. Dah hilang banyak mana wang, tenaga dan pengorbanan.

Baru 2 minggu.

Semua ni perlukan masa untuk adapt. Aku pindah di Kuala Krai ni pun makan masa 6 bulan untuk biasakan. Inikan pulak PJJ. Mau setahun kot. Huhu

Mohon doakan kami dapat meneruskan pelan ni. Biarlah kami boleh buat sehabis baik demi anak-anak dan keluarga. Sabar sikit je lagi.

Janji pada diri sendiri, jangan kejam pada jiwa. Allah tak suka kita bertindak kejam pada diri sendiri. Tak mampu, stop. Hidup ini mahal. Sekali je peluang Allah bagi. Gunakan sebaiknya.

Kepada yang kata kami bergerak ni nampak lancar, nampak mudah, aku aminkan aje. Semoga kata-kata kamu tu doa yang diangkat dan menjadi kenyataan kepada kami.

Biarpun hakikatnya perit yang tak tertanggung lagi tak boleh nak cerita. Konpem orang kecam. “Itulah, elok-elok kerja, berhenti.” “Baik-baik duduk bersama, pilih untuk PJJ.” “Dah gaji mahal, rela hidup bercatu.” Ya, inilah yang aku dengar…

Aku doakan dalam ahli keluarga dia ada yang memilih jalan macam kami. Tak jauh. Dapat kat anak ke. Haha

Ok la. Terima kasih membaca celoteh daripada aku. Aku kat sini nak kata 100% meluah tu tak la. Ada la sikit isi hati terkeluar. Nak letak di medsos lain, boleh trigger tau…

Daaaaa!

Leave a Reply