NUFAIL

Putera sulung kami dah pun masuk Darjah 1!!!!!??? So excited. Sedih pun ada sebab anak dah besar… T_T hukhukhuk…. Tapi takpe. Ini menunjukkan anak kami bakal melangkah ke satu fasa yang baru. Kami sebagai ibu bapa juga turut sama merasai perbezaan tahun baru ini. Komitmen kami semakin ketat. Hehe… Pape pun, belajar rajin-rajin. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di masa hadapan. Jangan han… Ops, tak boleh kata jangan. So negative! Jangan, tidak, tak boleh, buang jauh-jauh perkataan tu. Sebagai ibu bapa, gunakan perkataan yang memberi semangat dan keyakinan diri dalam diri anak-anak. Ibu dan abah takde cara lain nak simpan kenangan. Hanyalah video express. Shoot ala kadar, edit cincai. Ampun maaf yer sayang. Keje di awal tahun tak mengizinkan masa yang banyak buat kami beri yang terbaik untuk video Nufail kali ni. So inilah hasilnya. Janji ada. Ini caranya kami menyimpan kenangan. Lebih dekat lebih mesra 🙂 Luv U Nufail.

MmmuahhhXXXX


NUFAIL from nhazla fikri on Vimeo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *