Pantai Chendor 1 Mei 2015

Cuti tiga hari takde plan nak ke mana-mana. So hari pertama cuti kebetulan dengan 1 Mei, Cuti Hari Pekerja ni kami cadang ke Pntai Chendor Pahang. Bunyik macam jauh tapi sebenarnya lepas skit je dari sempadan Kemaman, Terengganu. Plan dari rumah bukan main lagi. Tengok berulangkali klip video Tenangkan Bontot Anda. Tajuk ntah apa-apa tapi best. Takde satu pun mention about ass. LOL. Dengan keadaan cuaca yang sangat baik, matahari terik menyinar, kami terus cari port yang tak ramai orang. Kalau boleh biarlah shoot budak-budak ni je. Budak-budak langsung tak dengar arahan. Tadi kat rumah bukan main lagi janji, nak amik gambar dulu baru mandi (tak cakap shoot video sebab diorang tak paham). Alih-alih, budak-budak tu terus main. So aku shoot apa yang budak-budak ni tengah main. Nufail sporting. Suka je dia boleh guling-guling ngan main lori. Naura tau nak mengamuk je. Serba tak kena. Masam mencuka. Rasa nak cubit-cubit. Nasib baik abahnya ada menyelesaikan masalah Naura. Anak abah betul. Bila dah siap video ni, aku tengok balik swim suit diorang ni tersangat la ketat. Naura tertonjol di perut. Nufail di bontot. Sesuai dengan tajuk lagu. Hehe So, kena beli baru nampak gayanya. Takut nanti nak zip pun tersekat kat kulit. Auch!

Chendor 1st May from RalitMedia on Vimeo.

Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran Bawa bertendang sebelum dipandang kesian Celaru tahu mengangkat diri berlalu Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran Kaji langit biru indah Siapa tak lelah saat dicatu Mindanya yang tak henti alirkan adu Delapang hati harus kita kenali Diapa tak lelah saat dicatu Perhati padang menghijau Jalan terus berjalan jangan henti Jangan henti kalau terus maki sendiri Jalan terus jalan jangan henti Sampai yang terpampang hanyalah langit yang mencium bumi Lagu : Tenangkan Bontot Anda Artis : The Venopian Solitude Album : Hikayat Perawan Majnun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *