Kampung Cina Kuala Terengganu

My doter yang comel nak ke China. Merayu, merintih, merengek dan mengamuk beriya-iya nak ke negara tu sebab Kamila (kawan Naura) dah pun ke sana. Umur 5 tahun, apa yang dia reti. Ingat China tu drive 30 minit dah sampai kot. Bukannya tau pasport dan visa. So, sebagai parents yang bijak pandai (orait, terperasan jap), kami fikirkan Kg Cina. Kebetulan kami dah berada di Kuala Terengganu, jadi boleh sangatlah ke sana. Lagipun, dah lama teringin nak berposing depan mural yang maha kreatif. 

Lokasinya betul2 di bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya Kg Cina ni macam dah lama. Tengok pada struktur bangunan dan susun jalan memang nampak bukan yang kotemporari punya. Memang suka tengok. Lagi suka bila perancang bandar yang tau erti LESTARI. Tau? Lestari maksudnya mengekalkan tempat / barang lama dengan membuat perubahan baru tanpa mengubah yang lama. Lebih kurang la. Kalo tak puas hati maksud lestari tu boleh rujuk kamus dewan bahasa.

Kami berjalan seolah-olah buat pusingan U. Jadi banyak la dapat tengok. Memang bermandi peluh. Nufail menitik-nitik kat tepi dahi. Naura plak ari ni nak pakai tudung belit2. Sebab beli kat pasar malam semalam. Bertudung tapi berseluar singkat. Hihi Biarkan jela. Baru belajar pakai tudung la katakan. So tak nak karang banyak. Boleh tengok melalui gambar yang telah kami snap. Gambar tak nampak luas sebab pakai prime lens, 50 mm. Nak edit tak pandai. Reti crop jela. Bukan bidang kami dalam edit gambar. Huhu… 
Klik gambar untuk melihat full size image. Tak perlu nak skrol ke bawah :

Ni 1st perjalanan. Kawasan kedai kaum Cina
Kononnya nak cepat buat panggilan. Tapi tak menjadi. Huhu…
Banyak mangga kat sini. Jadi cantik plak bila diletak banyak2. Untuk apa? Kebanyakan pasangan kekasih. Kononnya nak kekal selamanya….. -_-
Patut amik depan-depan 😛
Nufail suka pakcik ni
Tukarkan warna sebab tudung tu merah sangat
Kalau perhatikan, Nufail gatih basikal masuk kaki kat celah
Rumah api rasanya ni. Tak perasan plak. Kreatif dijadikan icon Instagram
Abah bawak vespa round kampung
Giliran Nufail bawak adik
Mmm….
Lubang apa tak sure. Maybe lubang angin kot. Dilukis semula sebagai speaker. Kreatip kan
Sebenarnya kat bawah tu penyu…. Sorry tak nampak
Al-kisahnya, Naura naik penyu nak ke seberang. Tinggalkan Nufail kat pulau… Lebih kurang la cerita kat gambar ni…
Photographer dah penat. Baca whats app jap
Combine kan aje sebab banyak sangat tempat kami snap. Tapi gambar jadi tak cantik la
Last skali, hooray!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *