Orang lain amik gambar sebagai kenangan. Kitorang plak amik video. Haha… Sekali lagi kami menggunakan khidmat Farhanie Fikri. Shoot video secara suka hati. Sehari sebelum konvo, kitorg ajar basic nak guna dslr. At the end majlis, kami cek video… hmmm, boleh la…

Nak mengedit ni satu hal. Nak susun cerita, nak kena sesuaikan dengan lagu. Lagu pulak mestilah rare di Malaysia. Kalau amik lagu yang glamor, akan menyebabkan orang tengok jadi biasa. Kitorang nak video ni bertepatan dengan nama blog. Mesti RALIT ketika menonton. Ralit tak…? Kang syok sendiri je. Kuakuakua…
Okey, tak mau olah panjang. Video ni hanyalah kenangan buat kami. ‘KAMI’ ditujukan kepada kami sendiri suami isteri, keluarga dan rakan-rakan ex-maktab yang seUPSI. Paham kan? Haha…!!! Bombastik tol ayat.
Takde spesial effects yang digunakan. 100% cut dan paste je video. Grading warna pun tak buat. 3 jam complete. Alasannya, tak selera edit muka sendiri. Huhu.. Tengok video ni pun sekali je. Segan eh…

Song : Stars Fell On Alabama
By : (cover) Daniel Andrade x Hanbyul Kang

Menggunakan Canon 70D, kit lens dan Handset Lenovo (lupa lak no. siri). Edit menggunakan softwer Sony Vegas 10.0 64bitt

Masing-masing dah matang jika nak dibandingkan tahun 2006 yang lalu. Up balik video lama KDPM-BBD 04-06′