Cameron Highland

Dah lama berhajat nak bercuti bersama parents. Tercapai jugak hajat kami. Allah swt dah makbulkan kami melawati Cameron Highland bersama parents masing-masing. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan.

Walaupun travel ni hanyalah sambil lalu je selepas balik dari konvo, tapi kami tetap puas hati (tak tau la mereka. Hihi…) Tak bermalam pun. Kami just shoping sayur, makan-makan dan melawat bunga. Bunga kat sini sangat glamor. Hahaha…

Mak tak pernah jejakkan kaki ke Cameron. Buat pertama kalinya mak sampai bersama kami. Bak pulak susah nak diajak berjalan-jalan. Kiranya, attitude bak sangat memuaskan dan kami berfikir akan merancang bercuti sama-sama sekali lagi. Seronok dapat bersama keluarga. Beza rasanya sebelum ni hanya kami berempat (tak tau bila nak berlima. Huhu..) Lagi meriah pegi ramai-ramai.

Insyaallah, kami akan tempah bilik di Cameron Highland untuk bermalam. Nak kumpulkan semua adik-beradik bercuti bersama. Semoga dikabulkan doa yang baik ini…!!!!

Gambar ni semuanya di lokasi yang sama, Lavender Park. Kali kedua ke sini. Tempat yang cantik. Walaupun tak banyak sebagaimana di negara empat musim, tapi boleh la nak rasa aura berada di sana. Kami memang suka bunga. Nak beli macam membazir sebab yang dijual hanyalah kuntuman bunga. So kami mintak keratan batang pokok bunga Ros Jepun. Itu memang feveret kami. Dapatlah sebatang…. Boleh la. Takde gambar. Lupa nak snap. Takpe la, Dah kembang elok anti update balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *