Bahan sama, lagu berbeza.

Sebelum ni kami dah paparkan highlight konvo kami. Dan…. setelah upload, kami terjumpa beberapa bentuk video yang kreatif. Bila tengok lama-lama, rasa ada sedikit tercabar nak cuba buat sekali lagi. Bahan yang sama, cuma jalan cerita yang lain. Ingat lagi tak catatan sebelum ni? Lagu memainkan peranan dalam menaikkan mood video.

Jadi, dengan mencari lagu baru, ( kami cuba dengan lagu Band Jepun, Goose) Memang benar. Mood yang berlainan yang timbul. Highlight yang kami sediakan kali ni lebih ceria dan semangat kekitaan. Lagu background nyanyi beramai-ramai. Seolah-olah kami yang nyanyikan. Kami pun tak tahu apa maksud sebenar lagu tu. Harap-harap takde yang pelik. Hihi

Tontoni dan cuba bandingkan


konvo kali ke2 from RalitMedia on Vimeo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *