Ros Jepun

Out of topic hal video kali ni. Sekali-sekala tukar cerita best jugak. Baik, ni hobi kami di waktu lapang. Waktu yang saaaaangaaaat lapang. Biasanya hujung minggu sekali sebulan sahaja kami berkebun. Itu pun kali sempat. Untuk berbulan-bulan, kami barulah berkesempatan merasa tanah. Kalau tak, balik kerja masuk rumah. Petang skit baru keluar siram pokok. Kalau hari terlalu panas, terpaksa siram malam.

Disebabkan laman kami tiada tanah, semuanya berjubin, kami tanam pokok hanya di dalam pasu. Hati rasa tak puas sebab tak boleh nak menghias banyak. Jadi, kami buat keputusan tanam di hadapan rumah. Seberang jalan, sebelah divider. Maaf la ye MPK, kalau marah kami cabut balik… Huhu

Kenapa kami suka Ros Jepun (RJ)? Bunganya cantik, senang dijaga, hidup meliar, dan akan merimbun dalam sebulan sahaja. RJ ni campak pun boleh hidup. Minat ni datang hasil daripada melihat rakan-rakan. Cantik tau bunganya. Lihatlah!

Snap pakai handset je. Kalau tak pakai dslr, konpem naik seri kuningnya
Tapi, sejak akhir-akhir ini, bena menyerang!!!! Apa tu bena, sejenis ulat putih. Bukan ulat bulu, tapi ulat yang suka pada batang lembut. Lupa snap gambar. Kalau sesiapa yang ada RJ ni kat rumah konpem kenal. Cara paling mudah sembur Ridsect. Kami malas. Amik kesempatan ni kami buang semua sekali sebab nk campur warna. Yang ada ni banyak kuning.
Antara faktor lain kenapa kami nak replant
1. Kesemua RJ dicabut. Termasuk akarnya sekali.
2. Bila akarnya ditarik, sungguh tak sangka, batangnya tebal. Akarnya berserabut.
3. Terpaksa ambil masa yang lama untuk dicabut.
4. Sekali tolak, tinggi RJ menaik. Nasib baik mudah dan ringan.
1. Petak dah kosong tanpa RJ. Pokok Lidah Jin pun kami cabut.
2. Kami masukkan tanah baru. Satu beg RM3. Mahal kan!
3. Selonggok RJ dibiarkan di tepi jalan. Banyak hasilnya.
1. Empat beg baru digunakan. 4 x RM3 = RM12… Huhu..
2. Dah nampak kawasan yang lebih segar. Elakkan daripada pembiakan bena.
3. Pokok Lidah Jin kami pindahkan ke tepi.
4. Longgokan RJ masih menunggu. Haha
1. RJ dipatahkan. Saiz yang jimat min adalah 2 inci. Kami ada banyak, kami potong ikut suka hati.
2. Masukkan macam tanam padi. Tidak terlalu rapat. Senang RJ akan membiak.
3. Anakanda pun menolong. Yang dipegang tu adalah RJ jenis Hybrid. Kuntumnya sama macam Ros. Kalau dilihat pada daunnya, seperti kaki lipan.
4. Yang kuning ni bunganya 5 kuntum je. Daunnya gemuk. Jenis ni tumbuh meninggi. Hybrid pula menjalar.
5. Separuh Hybrid, separuh lagi berwarna kuning (lupa jenisnya)
Esok pagi, kami tengok longgokan RJ yang kami tak semai, masih berbunga!

RJ ni kami biarkan macam tu sahaja. Yang disemai perlu disiram setaip pagi. RJ perlukan air pada waktu tengahari kerana panas terik. RJ perlulah di kawasan penuh cahaya matahari untuk mekar cantik. Elakkan daripada tanam/letak di kawasan teduh. Kalau teduh, RJ hanya mekar sekejap je. Dah, bai!

Leave a Reply