Kami poskan salam Ramadhan ni hari kedua sebab hari terakhir sebelum puasa kami banyak sangat kerja nak buat. Dengan kehadiran bak umi ke Binjai, kena ke pasar mencari lauk basah, segala preparation kena disediakan. Hari pertama puasa tak sempat jugak nak bukak blog sebab belum biasa dengan rutin bulan puasa ni.

Ditambah pula anak sulung kami, Nufail berumur 7 tahun baru mula belajar puasa pada tahun ni. Dengan permulaan bangun sahur, Nufail dapat berpuasa dengan baik sehingga la kami menjemputnya dari tadika pada pukul 2.30 petang. Muka pucat tak bermaya. Lapar dan dahaga katanya, Kami memang faham. Maklum la, ini kali pertama dalam hidupnya menahan lapar. Kami bertanya, “Kawan-kawan puasa tak?”
“Semua puasa…”
“Nanti balik Nufail nak makan tak?”
“Tak nak….”

Senyum bila tengok dia. Sian, nak puasa sama macam kawan-kawan. Sampai di rumah, dia minta air. Haha… “Tadi cakap tak nak minum tak nak makan.”
Dia diam je…
“Nufail pegi tido. Penat tu.”
Dia masuk umah terus berbaring dan lelap di kerusi hadapan tv. Tv pn tak sempat nak on. Hehe

Petang pukul 6 dah merayu-rayu mintak makanan. Kami fikir sayang rasanya kalau berbuka sekarang sebab sejam lagi masanya nak berbuka. Kami bagitau pukul 7 lagi boleh makan. Bergenang air mata dia bila dengar kami bagitau macam tu. Naura dari tadi duk menyakat Nufail. Mentang-mentang dia tak puasa. Siap berbangga lagi. Hihi

Tiba-tiba Nufail bagitau dah pukul 7 dan nak makan. Selama ni Nufail bukan tau tengok jam. Disebabkan berpuasa hari ni terus pandai tengok jam jarum. Hebat betul kelebihan puasa. Hehe. Menangis teresak-esak bila tau kena tunggu azan Maghrib baru boleh berbuka. Pelbagai gaya menangis kami tengok. Dari tangan di dahi, hinggalah tangan melingkup ke dinding. Sian…
Dan, azan Maghrib berkumandang. Nufail dengan cepat minum air fevretnya, Milo! Tanya esok nak puasa lagi tak. Dia jawab nak dan mahu bersahur. Alhamdulillah… Nufail faham nikmatnya berpuasa :’)

Hari ni, kebetulan cuti hujung minggu, maka dengan ini kami dapatlah buka blog mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat saudara Islam kami semua.