Hajat nak buat satu video sebelum raya. Ala-ala iklan la kononnya. Banyak kekurangan dalam pembikinan kali ni. Puasa… Jadi semuanya nak cepat. Ada video yang diambil tak abis bercakap la… Ada jugak yang suara je tapi gambar takde. Yang tengok kamera tak payah cakap la. Budak-budak baru nak up. Hahaha…

Okey, di sini ingin kami kongsikan perkara yang boleh dibaiki dalam suntingan. Kami menggunakan software editing Sony Vegas Pro. Masalah yang kami hadapi adalah gambar ada, tapi suara takde, Nasib baik la scene ni take action banyak kali. Kami amik gambar dan suara di fail yang berlainan. 
Semuanya ada 4 layer. Mutekan pada suara yang rosak dan block image pada layer yang kita tak nak. Nak suara je kan. Jadi boleh lihat sebagaimana di atas untuk rujukan. Kalau nak tengok yang final, tungguuu…. minggu raya 😀
Selamat mencuba!