Antara Makan Gaji dan Usahawan
Makan Gaji
|
Kerja Sendiri
|
Masa Ditetapkan: Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
|
Masa Bebas: Terserah kepada individu.
|
Pendapatan Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.
|
Pendapatan Tidak Menentu: Gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.
|
CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati.
|
CUTI Harian: Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan.
|
Tempat Kerja Ditetapkan: Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat.
|
Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan.
|
Pendapat : Idea dihadkan dan hanya perlu mengiyakan apa yang majikan cadangkan.
|
Pendapat dan idea tidak akan dibantah oleh sesiapa dan bebas melaksanakan mengikut kehendak sendiri.
|
Orang yang makan gaji ni orang yang kental mental. Kenapa? Pekerja yang saaaangaaaaat patuh, Tak kata kat orang. Kami pun makan gaji. Bila pikir-pikir, tentang pendapatan tak menentu mengikut kerajinan, sebenarnya bukan hanya rajin semata-mata. Ia perlu dilihat dari segi ciri-ciri seorang usahawan.
Ciri-ciri :
1) Kreatif
2) Inovatif
3) Tabah berusaha
4) Tidak mengenal putus asa
5) Berani menghadapi risiko
Yang nombor 5 la yang sangkut. TAK BERANI MENGHADAPI RISIKO. Erti kata lain, PENAKUT. Sedangkan Rasullah saw pernah bersabda, 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Usahawan kan peniaga…
Semoga Allah permudahkan urusan setiap hambanya yang ingin berniaga. Insyaallah
nhazlafikri
0