Pantai Penunduk Kijal, Terengganu

Uhuk! Blog dah berhabuk. Jadi, kami bawa kamera bersama pada petang ini ke sebuah destinasi. Kami fikirkan ke 3DArt bawah jambatan Geliga untuk mengambil gambar bersama lukisan 3D yang dihasilkan oleh seorang kenalan bernama Syed (Pernah bekerja sebagai guru ganti di SMK Banggol-2015). Namun, kami macam tak puas. Jadi, kami tukar tempat pula. Tanya pada Nufail, dia nak ke pantai.

 Guna pakai dslr 70D. Wide lens Tokina.
 Takde satu pun gambar disunting. 
Lukisan 3D di atas lantai. Ada lebih 10 lukisan.
Kami kemudian menuju ke Kijal untuk mencari kapal di perkarangan Maritim. Namun, untuk kali ke berapa pun tak tau dah, kami tak jumpa-jumpa. Kami pun tukar lagi destinasi ke Pantai Telok Kalong berdekatan Kijal juga. Tapi, akhirnya kami terlepas jalan dan sampailah kami di Pantai Penunduk (5-6 km daripada pantai pertama tadi).
Namun, tempatnya tidak mengecewakan. Pantainya putih dan halus, Berbukit-bukit serta berbatu-batu. Terdapat muara kecil yang mengalirkan sungai ke laut. Subhanallah!
 Sungai yang sangat cetek untuk menyeberang.
 Belakang merupakan bukit Kijal.
 Dah jadi picture profile FB Azizi Aziz 🙂
 Kami berusaha sedaya-upaya mengelak gambar latar belakang terdapat orang ramai.
 Sweet my little girl!
 Kami berada di bawah celahan batu.
 Kalau dilihat pada kaki batu, terdapat seolah hidupan kerang yang melekat. Kami tak pasti nama hidupan tersebut. Sebenarnya, air boleh pasang mencecah separuh batu di hadapan sekali (agaknyalah, sebab terdapat kesan air pasang)
 Kali ini, anak lelaki kami tidak photogenic.
Feeling model jap! Batu yang sangat besar. 
Rugi kalau tidak singgah sekali lagi bersama keluarga kami. Bertuah juga sesat sehingga ke pantai ni. Sangat suggest untuk singgah. Boleh berkhelah, mandi-manda (namun terdapat papan tanda tidak boleh mandi. Hoho…) Terdapat juga gerai makan untuk menjamah keropok lekor Terengganu.
Kamera : DSLR 70D
Suntingan : Photoscape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *