Pakaianku, Solatku

Nak tergelak. Kami tak pernah buat video animasi. Ni la buat pertama kalinya. Caranya, snap gambar banyak secara bersambungan (continues). Masa menangkap gambar memang seronok sebab dengar bunyi shuttle bertubi-tubi. Tapi, bila waktu melihat gambar, haha… Terlalu banyak.

Kami menyusun gambar supaya nampak seolah-olah pergerakan animasi. Banyak gambar tak fokus. Tak kisah la. Saje je nak belajar. Dan inilah hasilnya.

Klip video ni seolah-olah menasihati muslimin dan muslimat semua untuk berpakaianlah mengikuti syariat dalam Islam supaya memudahkan kita menunaikan solat apabila berada di luar rumah. Ramai daripada kita telah menjadi mangsa pakaian era kini kerana banyak fesyen yang tidak menepati syariat Islam dipakai tanpa segan di depan masyarakat bukan muhrim. Susah juga la apabila kita nak bersolat. Terpaksa membawa telekong bersama.

Di sini, Nufail dan Naura berpesan, Jom kenakan Pakaian yang betul! (Suara Nufail yang tak tahan)

Pakaianku, Solatku from RalitMedia on Vimeo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *