Muzium Terengganu
Cuti sekolah pertengahan tahun bagi 2016 ni kami mengunjungi Kuala Terengganu. Kebetulan ada kerja shooting kat SESMA, jadi kami mengambil kesempatan ini dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di sana. Malam ada Pesta Peranakan di Kg. Cina. Tiada gambar? Ada sebenarnya. Belum proses lagi. Nanti akan cerita lain kali.
Buat pertama kali anak-anak melawat muzium. Tanya dulu sebelum pergi tau tak muzium tu tempat apa. Mereka jawab tau. Sampai sana terdiam kejap sebab mungkin mereka ingat tempat main kot. Haha…
Luasnya boleh tahan. Banyak jugak perkara yang boleh dilihat dan dipelajari. Datanglah beramai-ramai. Harga tiket bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak adalah RM2 sahaja. Nak bagi makan pada ikan pun boleh dengan membeli dengan harga RM2 sebekas. Ikan pun bukan main jinak. Pantang lalu tepi bibir air terus berenang ke tepi kita.
Takde sapa nak bergambar. Jadi terpaksa edit letak semula kami sekeluarga dalam ni. Sama tak?
Bagi makan pada ikan. Sebekas RM2.
Muzium Terengganu.
Frust sangat sebab pintu berkunci.
Naura yang kegirangan.
Anak kapal bersama kapten.
Kaku Naura bila nak snap gambar dia.
Ingat lagi dialog masa tu. “Kalau ok gambar ni, nak buat profil pic fb”. Hehe
Kapal putih.
Budak kacak.
Sama-sama membuka pintu gelungsur yang ringan.
Nupe excited sangat.
Terkedu mendengar bunyi ayam belanda.
Dengan bangganya Nupe snap gambar ni.
🙂 Love them all.
Anak-beranak yang laju mencari air minuman.
Sini ke bom keluar ibu?
Meh saya cuba. Pow!
Dahaga sangat.
Nikmat minum di kala panas berjalan.
Masjid?
Masjid Kristal
Penat ye…
nhazlafikri
0