SMK Banggol 2013-2016

Aku (Nhazla Mohamed Fikri) berjawatan guru penolong di sekolah SMK Banggol. Aku bukanlah guru yang hebat.

“Tetap dan sampai pencenlah kamu pegang Guru Dokumentasi”.

Ayat yang menjadi hawa telinga sepanjang perkhidmatan 10 tahun sebagai guru.

“Takpe. Aku suka”. Bukan satu pujukan. Tapi kenyataan yang dah lama ditanam dalam hati. Seronok biarpun takde langsung pengalaman. Aku pun bukan pandai guna dslr. Amik gambar cukup sekadar gambar cantik. Bukan gambar sebagaimana gambar profesional. So-so je. Aku tengok suami (Azizi Aziz) edit video tokoh guru buat pertama kali di tahun 2012 menggunakan softwer Sony Vegas 9. Macam best. Aku cuba tengok cara edit dan menyibuk dengan memberi idea yang ntah pape. Tak puas tengok saje, aku cuba buat sendiri dengan membuat video anak-anak bertajuk ‘I Love U’. Sehingga ke hari ini, aku masih setia menggunakan softwer berkenaan dan masih belajar.

I luv u.2012 from nhazla fikri on Vimeo

Di sekolah, aku melantik pelajar menengah sebagai pengawas media. Pelajar diajar sebagaimana acuannya. Dah aku guru yang minat video, pelajar pun macam tu juga. Ilmu mengambil gambar memang tak reti sangat. Kalau video, beriya-iya aku. Sehinggalah boleh membawa pelajar ke peringkat kebangsaan dan menerbangkan aku ke Sabah.

Kini, aku totally bukan guru Sekolah Menengah. Aku telah bertukar jabatan. Walaupun masih lagi di dunia pendidikan, tapi bukan seperti 10 tahun di sekolah harian. Kenangan terindah bersama pelajar di bawah aku. Aku sentiasa ingatkan kepada diri sendiri, cikgu bukan bos kamu, cikgu ketua kamu. Kalau kita ada tugas, kita buat sama-sama. Kita sama-sama belajar. Setiap pengalaman berbeza. Cikgu pun akan turut sama pengalaman baru.

 Tak jumpa gambar ramai-ramai. Patutnya 14 pelajar semuanya.

 Kek kejutan ?

Jamuan perpisahan buat kat rumah aku

Terima kasih kepada Pengawas Media SMK Banggol 2015&2016

Cikgu Nhazla from nhazla fikri on Vimeo.

Leave a Reply