TRAVEL
Vlog Kembara Tokyo

Vlog Kembara Tokyo

Catatan kami di musim sejuk di Tokyo, Jepun pada Disember 2016. Bagi yang berminat untuk menerokai bandaraya utama Jepun ini, kami menyajikan intipati maklumat yang bermanfaat bagi pembaca semua. Catatan ini amat bersesuaian kepada yang berkeluarga.

Assalamualaikum.

 
Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menyajikan Siri II travelog kami ke Tokyo. Di sini kami akan selitkan sedikit gambar yang berbaki untuk perkongsian bersama beserta dengan pengalaman yang kami timba di sana. Dan video pun ada kat bawah 😁😁😁 (Lama nak siap tuan-tuan dan puan-puan sekalian…) Al-maklumlah, enam hari di negara musim sejuk, tak pernah kami rasa. Inilah pertama kalinya. Memang berbeza dengan negara kita Malaysia ni.
 
Apa bezanya? Paaaling berbeza adalah cuaca. Sana sejuk kering. Suhu terendah kami rasai di Malaysia pun 16○c. Itupun dalam air-cond. Hehe Ada ketikanya angin sekali meniup, memang menggeletar satu badan. Bibir kami kering, kulit bersisik, dan yang paling sadis bila kita ada penyakit kulit ekzema. Memang azab. Naik biji-biji kecil dan hampir bernanah. Buat la persediaan dengan membawa lip balm, minyak Bio Oil, Vaseline botol untuk melembutkan kulit. Yang ada masalah kulit tu, sila sediakan ubat sendiri daripada Malaysia. Jangan lupa banyakkan minum air. Takpe banyak kali pergi toilet pun, asalkan tubuh kita tidak terhidrasi.
 
Masih ada lagi baki musim luruh. 
 
 
Gambar potret abah.
 
Baju yang dipakai sama je sepanjang enam hari berada di sana. Takpe, outer wear je. 
 

Kasut pula. Kami takde la beli boot. Boot mahal. Bukan main salji pun. Apa yang kami risau di sana adalah hujan. Kebiasaan negara yang akan mengalami hujan sewaktu pertukaran musim . Kebetulan kami pergi pada minggu musim luruh bertukar kepada musim sejuk. Kami standby dengan spray kasut kami dengan bahan kalis air. Boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM30 di kedai jualan barangan outdoor. Alhamdulillah, tak hujan. Kasut yang sesuai ialah kasut for running. Keselesaan diutamakan.

 Anak manja abah.
 

 

 Mamat hensem pencetus suasana ceria. 
 
Anak-anak menjadikan kami sentiasa berhati-hati menyediakan perjalanan untuk hari esok.
 
Persiapkan diri dengan persediaan fizikal. Fizikal tidak perlu seperti body builder. Hehe Fit kan body je. Kat Jepun ni banyak tangga. Turun naik tangga itu biasa. Nasib anak-anak kami tidak banyak songeh. Cuma Naura jela yang suka merungut. Suka merajuk. Nufail suka menyakat. Happy aje. So, di situ kita kena persiapkan mental. Makin ramai anak, makin banyak ragam. Kadang cari tempat sampai nak give up pun ada. Biasalah kan, google maps pun bukannya betul. 
 
 Demi Group GTOC katanya. Buang jaket tebal pun sanggup. LOL.
 

Last skali, sediakan buku nota kecil. Senang nak belek. Bukan setiap masa kita nak scroll phone. Guna buku lebih mudah. Cetak apa-apa maklumat penting seperti route, maps, nama tempat, ayat biasa guna dalam bahasa Jepun, waktu solat dan lain-lain yang dirasakan perlu. Buku nota juga membantu kita mencatat sesuatu supaya tidak lupa.

Tentang bajet, ini agak susah. Kami cuma ingat kami menghabiskan RM5700 secara kasar. Apa yang penting, beli tiket flight dahulu. Kemudian baru fikir tentang itinerary. Beli tiket flight time promosi. Book hotel tengok dulu currency duit kita. Jatuh naik duit kita akan memberi impak perbelanjaan kita di sana.

 
Perjalanan kami boleh dikatakan 90% menggunakan tren. 
 
 

 

Backpack yang kami bawa adalah 70+10 L, 45 L, 28 L (2 beg) dan 10 L (2 beg). Tahan nafas….
 
Yeay! Video travelog dah siap. Pada awalnya kami nak gunakan lagu Nippon Manju daripada band Lady Baby. Tapi suara singer tu Death Metal… Tak sesuai… Pape pun, video dah boleh ditonton. Kalau tak best, mohon ampun. Ni la jadinya bila keje buat nak cepatnya. Ampun, ampun… Moga terhibur dan menarik minat untuk ke sana! InsyaAllah, ada rezeki tuan/puan untuk ke sana. Simpan impian, pasti menjadi kenyataan 😊  
 

Lagu : Good Time – Owl City & Carly Rae Jepsen (Japanese Cover)
Softwer editor : Sony Vegas Pro 10.0
Bahan video menggunakan : Sony Experia XZ, Iphone 5S, Canon DSLR 70D dan SJCam 4000.
Gambar : Takde satu pun edit.

 Japan : Endless Discovery.
 (TEKAN HD UNTUK PAPARAN JELAS)

Travelog Tokyo from nhazla fikri on Vimeo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *