Memasang rak Ikea
Kalau dah ke Kuala Lumpur, tidak sah rasanya singgah ke Ikea. Niat cuma hendak mencuci mata. Tapi, terbang jugalah sekeping dua not kertas berwarna ungu. Nak buat macam mana, hati ini tidak kuat. Kebetulan juga mempunyai perancangan untuk menghias bilik anak teruna. Nak upah pasang kabinet memang tidak mampu. Beli rak sahaja di Ikea dan pasang sendiri lebih menjimatkan.
Sebelum ini pernah pasang untuk abah. Kali ni lebih mudah bagi kami kerana pengalaman sudah ada. Kali ini, kami ingin mendokumenkan di blog. Untuk simpanan anak cucu. Uhuk… Uhuk…
Kami cuma hendak pasangkan rak penyangkut baju dan meja tulis sahaja. Yang lain-lain tu, bila modal dah ada la ya… Pasang sikit-sikit, lama-lama penuh jugalah dinding tu. Perancangan yang lama, tapi biarlah hasilnya puas hati.











Siap dalam tempoh tak sampai satu jam. Kejap je. Kerja ni memerlukan dua orang dalam satu masa. Buat seorang sahaja memang boleh. Tapi nak siapkan sejam tu, rasanya agak sukar. Dengan senget-bengetnya lagi. Papan meja tu boleh tahan beratnya. Suami isteri perlu sama-sama berusaha. Nak harapkan anak, boleh. Tapi mampu ke nak memegang beban? Kot jadi penyibuk adalah. Haha
Untuk masa hadapan, kami akan tambah lagi rak buku di atas meja. Di atas rak penyidai pun kami akan tambah kabinet buku yang bertutup. Nanti dah siap sepenuhnya, kami akan update lagi. Doakan dipercepatkan untuk melengkapkan ruang dinding ini. Amin…