Baru-baru ini kami sekeluarga meluangkan masa cuti hujung minggu di Kuala Lumpur. Tempat menginap kami kali ini di Ampang. Kawasan Ampang ini merupakan kawasan elit. Kebanyakan bayaran sewa hotel agak tinggi. Kami inginkan tempat menginap yang selesa untuk kami berempat. Kalau hotel, saiznya agak terhad. Tak seronok nak guling-guling. Nak sewa homestay, harganya agak tinggi juga.

Pilihan lain adalah airbnb. Ini kali ketiga kami menempah. Luasnya sebesar studio. Lengkap dengan dapur, katil bersaiz queen dan double decker. Mesin basuh, almari, tv, air-cond dan barangan mandi disediakan. Kolam mandi ada di bahagian atas. Wifi pun ada tau. Pemandangan macam mana? Pergh! Bila malam menjelma, suasananya macam duk oversea. Nampak nun Menara Berkembar Petronas. 
Host rumah sangat ramah. Mudah bicara dan cepat dihubungi jika mempunyai masalah. Tak ada masalah apa-apa pun sebenarnya sebab segala jenis maklumat dan peta ke rumah sangat mudah. Arahan pun jelas. RM180 untuk satu malam. Kedai-kedai memang jalan kaki je. Segalanya ada. Sangat berbaloi.

 Kecil, selesa, reka hiasan Ikea dan tersangat bersih.
 Kain baju kami sempat dibasuh walaupun menginap satu malam. 
 Feedback penginap daripada luar negara. 
Kami berada di beranda sambil menikmati panorama malam. Sangat berbaloi-baloi.
Kalau ingin menginap, pilihan anda tidak semestinya hotel atau homestay sahaja. Anda boleh juga melayari laman Airbnb. https://www.airbnb.com/ Tempat penginapan yang tidak ubah seperti berada di rumah sendiri!