Thailand
Naik feri ke Tak Bai – Thailand

Naik feri ke Tak Bai – Thailand

Assalamualaikum, pembaca!

Coretan ini adalah road trip tahun 2023. Aku up balik disebabkan orang asyik tanya mengenai nak masuk Thailand elok masuk sempadan mana. Soalan lain, sempadan mana tak sibuk?

Apa yang aku akan kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan aku sahaja. Aku bukan agen sah bagi mana-mana pihak.

Aku paling suka sempadan Pengakalan Kubor – Tak Bai sebab situ tak ramai orang dan perlukan 15 minit sahaja urusan.

Pun begitu, aku tak berapa nak suggest jugak. Feri kat situ ada satu je. Jadual ulang alik makan masa 30 minit. Dia cakap je 15 minit. Betul la. Pergi dan balik dah jadi setengah jam la kan.

Yang aku 15 minit minit urusan tu adalah semasa di Imigresen Tak Bai. Di ICQS Pengkalan Kubor memerlukan masa yang agak lama memandangkan kena beratur masuk.

Urusan cop di imigresen Malaysia 5 minit pun tak sampai. Parking sebelah kaunter, turun tak sempat beratur dah setel.

Yang lama adalah menunggu feri. Kalau rosak, kena pusing ke Rantau Panjang masuk ikut Sg. Golok. Perjalanan Pengkalan Kubor – Rantau Panjang adalah 50 minit – 1 jam.

Berbaloi?

Untuk mudah faham, meh aku petakan kat mana Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor ni.

Aku acap kali ulang-alik di kedua-dua ICQS ni

IMIGRESEN RANTAU PANJANG

Imigresen ni paling dituju oleh orang ramai. Parking luas dan terus masuk ke bandar Sg. Golok. Situ jugaklah boleh shopping. Ada banyak public transportation.

Sini confirm takde masalah nak keluar masuk.

Yang tak best pada hujung minggu atau cuti umum / cuti sekolah panjang. Bersesak-sesak sehinggakan kena tunggu berjam-jam.

Untuk hari bukan aku senaraikan di atas, kejap sangat urusannya. Takde nak selit-selit duit.

IMIGRESEN PENGKALAN KUBOR

Yang sini kena lalu ikut sungai. Takde jalan darat. Maka, kena bergantung sepenuhnya dengan transportation menggunakan feri, sampan atau perahu.

Tak boleh lintas sambil selak kain sebab air terlalu dalam dan arusnya deras.

Kereta wajib naik feri. Feri ni tak boleh jangka ok ke tak. Ada masa rosak, ada masa schedule lambat. Depends.

Yang aku suka sebabnya urusan di imi cepat. Imi kita cukup cepat buat kerja. Banyak duduk dalam kereta berhawa dingin jela sambil menunggu feri.

Bila sampai di Tak Bai, urusan cumalah 15 minit.

Unpopular ICQS yang satu lagi di Tanah Merah.

IMIGERESEN BUKIT BUNGA

Sini aku tak pernah cuba masuk. Dengar khabar orang jela. Kata mereka sini tak seramai di ICQS lain di Kelantan. Wallahualam. Nanti aku dah cuba, aku update.

Ada 3 ICQS di Kelantan

Di maps ada tulis anggaran dari Rantau Panjang – Bukit Bunga tu lebih kurang 30 minit. Tapi, aku tak percaya.

Sebagai anak jati Kelantan, mustahil tak menempuhi trafik yang perlahan. Jalan kampung ni. Bukannya highway yang lengang takde kenderaan.

Dan sekali lagi, disebabkan aku tak pernah cuba, maka aku fullstop sini. Takde pengalaman sendiri kan. Baik diam sahaja.


Jadi, aku dah senaraikan beberapa pilihan pintu sempadan yang boleh tembus masuk secara halal di negeri Kelantan. Kelantan tak sepopular seperti Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam.

Pun begitu, tetap kena beratur jugak kan time cuti serentak macam cuti umum satu Malaysia. Kena pulak time cuti sekolah. Lagilah… Mau 5 jam beratur pun belum tentu dah bercop.

Objektif repeat Thailand sebab makan sedap dan murah

Aku dah kena. Pengalaman di Padang Besar sangat perit. Dah dua kali dan tobat taknak dah.

Untuk nak nampak lebih jelas, macam biasa aku akan share vlog daripada youtube Ralit, video sendiri dengan footage kami sendiri.

Boleh pilih tajuk yang berkenan dengan klik pada video. Selamat menonton. Jangan lupa tau tekan butang SUBSCRIBE. Penat aku buat. Support la sikit agar aku bersemangat untuk berkongsi lagi.

Short – Terlalu ringkas. Nak jelas tengok sini
Daripada video ni la ramai orang kenal kami. Kihkih
Ni video lama. Kami banyak buat trip ke Thailand dengan pelbagai transportation

Leave a Reply