TALK
Feeling emotional

Feeling emotional

Melting betul perasaan ini… Zizi dah tak sihat. Mungkin stress. Dia tak ceritakan pun. Tapi aku tahu. Siapa lebih memahami dia kalau bukan aku.

Pun begitu, aku juga goyah. Rindu kepada kehidupan 2 minggu lalu. Padahal ketika itu aku tahap tepu. Nak cepat beralih kepada kehidupan baru.

Rupanya, begini rasanya. Hilang arah.

BUYER RUMAH

Belum habis lagi pasal rumah. Penatnya lahai. Buyer ungkit pasal duit dia hangus sebab beli rumah kami. Dia nak semua barang keperluan yang dijanjikan sebagaimana sebelum beli.

Well, memang kami ada janji. Tapi, syaratnya kena biarkan kami menyewa sehingga bulan Dis 2024. Tapi, dia pelahap. Lepas masukkan duit dan tandatangan, dia terus buat perangai.

Kami ni jadi catur dia. Anak dia tu akan keluar rumah sana dan kami kena masuk menyewa rumah lama anak dia dengan sewaan RM900. Kalau taknak keluar, rumah kami duduk tu sewa RM1200

Mahal daripada kami bayar bank sebelum ni. Katanya, sewa rumah dengan perabot. Perabot tu perabot aku!!!

Short long story, kami pindah bersama dengan keperluan barang di rumah sewa baru.

Itu yang dia marah. Kami amik air-cond, almari dan dapur. La… Dah kena pindah, memang la kami nak semua tu. Kalaulah dia bertimbang rasa dan bagi kami menyewa, dia dapat lebih lagi.

Serabut.

Dah berhari-hari kami mendiamkan diri. Serabut dengan orang tua tu. Terbayang muka dan seolah boleh mendengar suara dia melenting.

Serabut.

Semua ni tak boleh nak buang dalam kepala. Asyik berulang-ulang macam wayang gambar. Hanya masa sahaja boleh lenyapkan keserabutan ini…

MASTER EDUCATION (MEd)

Makin kami buat pencarian dan pembacaan, makin lost kami dibuatnya. Memandangkan suami pencen bakal dapat a big amount, kami target nak ke antara dua negara ni untuk sambung belajar, Oz atau Kanada.

Nak sambung master pendidikan (MEd)

Aku senaraikan apa yang membuatkan sampai sekarang tak boleh nak vote mana tempat patut pergi:

PERTH (AUSTRALIA) ALBERTA (KANADA)
Kos pengajian
(2 tahun)
$77,000$35,000
Sekolah anakFree (master research)Free
Kerja sambilan
(visa student)
48 jam fortnight
(full / part time)
20 jam fortnight
(only part time)
PR pathwayToughEasy
Pembacaan aku

WORKOUT KE LAUT DALAM

Dah tak berlari macam sebelum ni. Hilang semangat disebabkan serabut dengan pelbagai masalah. Otak ni asyik berfikir, fikir dan fikir.

Banyak kemungkinan di hujung fikiran. Sumber pengetahuan terhad.

Ini menyebabkan aku jadi penat. Burnt out.

BP aku naik. 145/106. Sama la Zizi. Dia siap on ubat. Rasa pening sampai tidur sepanjang masa. Bila partner kita, aku pun turut sama drowning.

Rindu dengan aktiviti dulu aku yang aktif. Satu pencapaian tak terduga dulu kini dah musnah dalam sekelip mata.

Be a listener

Mustahil. Semua orang pandai cakap, “Ada masalah cerita je. Kami dengar.” Aku ada tulis di Threads 66 minggu yang lepas,

“People always said, talk to me. I will listen. In the end, I just listen to them.”

By – Me!

Aku ni dah la tengah serabut. Boleh plak aku nak dengar cerita dia yang lepas-lepas. Pastu, mula la bagi nasihat tanpa dipinta. Sambung pulak dengar cerita orang tu, orang ni.

Inilah masalah orang stress menjadi depress. Last skali kiok.

Aku dah takde kawan bercerita. Totally at my age now.

This place is like a jail. I stuck. Tapi, adakah nak mengalah? Tidak! Teruskan. Dah nekad kan. Pedulikan. Cuma, aku masih berharap ada seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik

1 thought on “Feeling emotional

Leave a Reply