Kembara keluar mengembara
Baru aku perasan yang aku dah lama tak update pasal our journey. Last entry Feeling Emotional tu pada tarikh 20/10/2024.
Kami sibuk dengan banyak perkara. Antaranya pengurusan anak masuk asrama, persediaan persaraan Zizi dan trip kami sekeluarga ke Indonesia.
Aku taknak cerita panjang tentang semua pengurusan tu. Semua itu dah berlalu dan ada happy ending. Nanti kalau ada masa aku buat entri lain.
ADA BUYER
Panas lagi kisah ni. Aku terus bukak blog dan update. Aku saje sembang dengan suami kelmarin. Kena jual satu daripada dua kereta yang ada. Taknak kalut time pengurusan nak keluar nanti.
Kami pernah terkena dulu. Bila lambat-lambat jual, kami jadi terdesak. Jual dengan harga tak berpadanan. Taknak la terjadi sekali lagi.
Zizi pun up la jualan di pelbagai platform. Tak sampai dua hari. Buyer call nak tengok kereta. Tak sampai 30 minit dah terpacak depan rumah.
Semangat…
Aku duk dalam rumah layan anak. Dengar la rancak perbualan kat luar tu. Lepas tu bunyi enjin kereta, lepas tu sunyi.
“Test kereta kot.” Aku bermonolog dalam hati.
Tak lama lepas tu Zizi masuk rumah dengan RM500 kat tangan. Tanda deposit kereta. Isnin depan buyer tu akan datang ambil dengan bayaran penuh.
Terkedu… Cepat pulak. Aku tau kereta tu pasti akan jual. Tapi takde la bayangkan hari ini.
Aku dah lama tak drive kereta. Biasanya ke tempat kerja, Zizi la pemandu. Minggu ni aku dengan Kembara tula. Terasa lain macam perasaan ni.
KEMBARA DAH SOLD
Tiba-tiba rasa rindu. Sayang pun ada. Seolah nak berpisah dengan keluarga.
Sementara perasaan ini sedang dirasai, aku terus tulis blog. Ini perasaan real. Selama ni orang cakap aku ni takde perasaan. Takde sifat sayangkan harta.
Aku pun manusia. Sesedap rasa tuduh aku tak berperasaan.
Disebabkan kami ni ada target, kami taknak la dibelenggu dengan perasaan sayang yang berlebihan. Belajar untuk melepaskan.
ALLAH MAHA SEGALANYA
Hidup ini kita kena memilih. Nak dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu jugak. Jika nak semua sekali, dunia bukan tempatnya. Kita kena berada di syurga dulu.
Kat syurga nak apa pun dapat. Takde pilih-pilih. Semua pun boleh. Masalahnya sekarang kita masih di dunia. Perlu ada ikhtiar, usaha, doa dan berserah.
Jual kereta adalah salah satu ikhtiar dan usaha.
Aku juga berdoa agar diberi yang lebih baik daripada apa yang kami ada ketika ini. Hanya pada-Nya aku berserah. Kerana Dia yang Maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.
“Masa lalu adalah pelajaran, masa kini adalah kesempatan, dan masa depan adalah harapan.”
Imam Al-Ghazali
Kata-kata ni sering muncul semenjak dua menjak ni. Sebagai peringatan buat diri sendiri, aku letak di sini. Aku panjangkan supaya aku pegang kemas tidak terlerai daripada matlamat.
Masa lalu jika dikenang akan rasa sakit. Masa depan tak perlu jauh difikir kerana ia adalah rahsia Tuhan. Yang perlu dipeduli adalah masa kini.
Nikmati setiap saat yang kita lalui. Itulah kebahagian yang perlu dicorak dan dinikmati. Biarkan masa-masa lain. Masa lalu dah jadi sejarah. Masa depan belum tiba. Entah hidup entah mati. Fokus masa kini!
BYE-BYE KEMBARA
Jadi, selamat tinggal buat kereta kami yang keenam. Fuh, bayangkan dah enam kali kami lalui benda ni. Takde satu pun tak sedih. Perasaan ni sama sahaja setiap kali jual kereta.
Cuma kami taknak layan.
Buyer kemain happy sebab puas hati dengan keadaan kereta. Kami cermat orangnya. Lebih-lebih Zizi. Bab kereta memang tiptop.
Semoga Kembara beroleh kegembiraan mengembara bersama dengan tuan baru. Macam orang pulak…
So, next apa pula? Aku pun blur. Tahun 2025 ni penuh kejutan. Doakan kami dipermudahkan segala urusan. Amin.