TALK
Pindah sekali lagi

Pindah sekali lagi

Ada orang Malaysia nomad macam aku? Asyik berpindah-randah dalam tempoh 20 tahun bekerja? Biasanya geng askar, polis dan doktor. Ini kami yang bekerja sebagai cikgu.

Bermula tahun 2007, aku ditempatkan mengajar di felda. Nak kata pedalaman, tak la. Cuma, ke dalam la sikit daripada pekan-pekan.

Kat situ aje aku dah pindah keluar masuk dua kali di kawasan yang sama. Di tahun yang sama juga. Rumah kedua tu sempat merasa sebulan je. JPN buat hal hantar aku ke daerah berbeza.

Aku tanya, “Kenapa pisahkan saya dan suami?”

Jawapan ringkas, “Tak update pun Hrmis.”

Patutnya, tanya dulu. Bukan main tukar bila pasangan dah duduk serumah. Melampau. Suruh kami tinggal berasingan dan bersabar sedangkan salah tu daripada dia.

Last skali, kami tak turuti.

Dia pindahkan kami di Kerteh. Makin jauh daripada Kota Bharu. Takpe la. Asalkan laki bini tinggal bersama. Mana boleh. Berkahwin, dah elok duk serumah, nak berjauhan. Gila…

Selepas 6 tahun, suami pindah ke Chukai. Aku ikut dia. So, pindah rumah lagi. Then, ada lagi episod pindah rumah yang lain yang malas aku nak ceritakan.

Akhirnya, yang kali ini, pindah rumah yang kesepuluh, dan pindah tempat kerja kali keenam. Entah berapa banyak masa, tenaga, wang dan emosi aku mengalir pada hal-hal macam ni.

Sebagaimana yang diketahui, kami pindah dari rumah kami ke rumah sewa bulan Oktober 2024 tahun lalu. Lelah pun tak habis lagi, tup-tup dapat pindah ke Kolej Vokasional Kuala Krai.

Aku dah selesa di Kemaman. Macam rugi mohon pindah.

Rasa nak batalkan.

Tapi, aku teruskan perpindahan ini kerana aku anggap mungkin ada hikmahnya jika balik Kelantan. Negeri kelahiran aku sendiri.

Dipendekkan cerita, aku dah lapor diri di tempat kerja baru. Tak seronok dan rasa kekok. Yelah. Dah 8 tahun di Kemaman. Tiba-tiba nak mulakan balik. Kalau keluar negara sebagaimana aku nak ok la jugak.

KELULUSAN WES (World Education Services)

Cerita pasal keluar negara, ada berita baik di situ. Hari tu berdebar jugak sebab masalah dengan pihak uni yang macam-macam. Pensyarah yang koban-koban.

WES (World Education Services) dah menjawab semua keraguan kami. Semua transkrip belajar suami approved. Sekarang tunggu pihak Regina University evaluate pula.

Nak tau, semput-semput je due date submit enrollment form. Ngam 15hb Feb ari tu tutup. Fuh… Kami tidur pun tak lena memikirkannya.

Itu sahaja kot. Kami dah jadi orang Klate. Semua happy kecuali kami satu family. Sebab kami taknak pun pindah. Cuma, ini adalah sebahagian daripada perancangan.

Leave a Reply