Palmstay Seri Bandi
Selamat Hari Merdeka! Setiap tahun pada 31 haribulan Ogos kami akan buat plan untuk mengisi masa sepanjang hari cuti umum ini. Kami ibu bapa yang bekerja. Peluang cuti sebegini kami tidak akan lepaskan untuk bersama-anak.
Kali ini, kami memilih untuk berkelah bersama Kelab GTOC (Ganu Toyota Owner Club) di Palmstay Seri Bandi, Kemaman, Terengganu. Kami empat keluarga menaiki kereta masing-masing akan bersama sepanjang hari di hutan sawit. Hutan sawit? Hutan sawit bermaksud di ladang sawit. Tiada pokok meninggi sebagaimana hutan simpan negara. Hutannya tidak tebal dan hanya pokok sawit sahaja yang kami nampak sepanjang perjalanan.
Kami berkumpul di satu lorong kecil ke ladang di bawah jalan lebuhraya LPT II. Kedatangan seorang lelaki penunjuk jalan akan mengetuai kami ke sana sejauh 6 km. Dekat sahaja jika dicongak di dalam kepala. Tapi, bila memandu sendiri dengan keadaan jalan off road (tiada jalan bertar dan hanya jalan bertanah) terasa amat jauh. Kami hanya menaiki Toyota SEG tahun 92. Dengan keadaan kereta yang agak rendah hampir rapat ke tanah, terasa seolah-olah kami menyapu batu-batu kecil. Kami terpaksa perlahankan pemanduan dan agak berhati-hati serta mata kami terkunci di jalan bagi memerhatikan batu yang meninggi. Pernah kereta kami tersangkut dek batu. 4 lelaki sado berjaya mengangkat kereta dalam temph 2 jam. Azab bila diingatkan kembali….
Halangan yang membuatkan kami berfikir dua kali samada untuk teruskan perjalanan atau berpusing balik ialah apabila kami menghampiri jalan berselut. Termenung kami dua pemandu samada lepas atau tidak. Kereta kami bukan 4×4… Datang seorang lelaki dengan membawa cangkul meratakan jalan. Dengan perasaan masih was-was, kami redah dengan perasaan redha. Pengalaman kereta tersangkut pada waktu dulu silih berganti dengan pandangan di hadapan. Fuh! Lepas! Hahahaha Ketawa lega dan perasaan gundah datang singgah pabila fikirkan pasti ada yang terobek di bahagian bawah kereta….
Tak jauh daripada tempat berselut, kami sampai ke Palmstay. Terkedu melihat tempat. Jauh ke dalam ladang terdapat satu tempat terpencil terdapatnya satu kawasan rehat untuk keluarga. Kami tak tau nak cerita macam mana. Biarkan gambar yang berbicara. Kami tidak membawa kamera dan gambar sendiri daripada telefon pun tak banyak.
Kredit foto : Wan Zamzahizal dan Ghani Kelipkelip Mohd Nor
Macam ni la perjalanan kami sepanjang 6 km. Jangan sangka SEG kami tak mampu menandingi 4×4.
Call 01110974012
Whatapps : 0199174012