Naura Auni binti Norazizi. Kamu dah besar! Tahun depan masuk darjah satu. Kamu akan menghadapi cabaran yang sebenar di dunia pendidikan. Mujurlah dah pandai 3M. Semuanya hasil usaha guru Tadika Ilmuan Inovatif. Tak ternilai harganya atas didikan yang diberikan oleh mereka. Mereka sabar melayan karenah puteri sulung kami ini. Naura ni suka mengarah dan merajuk hinggakan terbawa-bawa ke sekolah. Namun cikgunya hanya senyum bercerita keletah Naura. Terima kasih cikgu. Tiga tahun Naura berada di tadika ini. Tadika ini merupakan rumah kedua baginya. Rakan-rakan bagaikan adik-beradik. Tiap kali nak jemput Naura balik, jawapan sama,

“Saya tak nak balik lagi…. Saya nak main sampai pukul 5…”

Bermakna Naura sangat gembira bersama guru dan kawan. Dan bukan bermakna tak suka berada di rumah okey… Haha… Dia dah biasa dan bosan menjadi bongsu di rumah. Di rumah dibuli abangnya, Nufail. Itu barulah adik-beradik yang sebenar. Hihi…

Kami cukup seronok dengan majlis tamat pra sekolah ini. Sangat ringkas dan bermakna. Beriya Naura menyolek muka. Sapu-sapu lipstik, bedak. Makin comel dan bulat.

Permintaan Naura di majlis berkenaan, “Tolong amik video saya.” Baiklah cik puan besar 😛

==Canon DSLR 70D==50mm==Sony Experia XZ==

Naura2 from RalitMedia on Vimeo.