Imbas kembali tarikh 28hb Oktober 2016 yang lalu, merupakan penyatuan keluarga KBAE (Kelab Kota Bharu AE) diadakan di Pantai Perkasa, Tok Bali, Kelantan. Kami dari Kemaman bertolak daripada pukul 9 pagi dan tiba 30 minit selesai solat Jumaat. Dalam keadaan hujan renyai-renyai, kami mencari tempat yang dituju iaitu Melawi Bayu Chalet. Jauhnya 8 km daripada pekan Tok Bali dengan melalui jalan ke Pantai Melawi. Memandangkan signal internet tiada di kawasan tersebut, kami cuma berpandukan dengan gambar Challet Perkasa yang dikongsi melalui Whatsapp oleh Abe Mie sebelum itu. Dah tu, mananya challet Bayu..? Berpusing-pusing kami meredah dalam hujan renyai-renyai selama 15 minit mencari challet yang betul.


Jumpa juga akhirnya apabila walaupun dah tersilap parking Hari Keluarga kumpulan lain. Haha… Lega dan syok melihat kereta Toyota parking sebaris di hadapan challet. WCT kami pun tidak ketinggalan masuk barisan.

Toyota kami tak nampak dalam barisan.
Acara santai telah bermula dengan anak-anak mandi mula mandi kolam. Termasuklah Nufail dan Naura yang turut tidak ketinggalan menukar pakaian mandi dan terus terjun ke dalam kolam. Kebush! Kami juga turut tidak ketinggalan merasai ketenangan pantai yang mengadap challet kami menginap. Cantik…

Main air sehingga tak hirau orang kiri kanan. Beriya betul Nufail ni terjun kolam.
Terposing di kawasan pantai.

Ayam, sosej dan menu utama iaitu kambing siap sedia dibakar. Keadaan semakin meriah dengan kehadiran ‘ahli keluarga’ semakin bertambah apabila hampir pukul 5. Sedap menikmati juadah nasi kerabu sambil bersembang. Buah dokong menjadi pemanis mulut. Kebetulan musimnya belum habis. Manis-manis. Seguni dibawa segar dari ladang.

Ramai pulak chef kambing petang tu.
 Abaikan nasi tumpah. Dibenarkan untuk terliur. 
 Pelbagai juadah dinikmati. Cuma yang pegang lighter tu je takde dalam menu.
Ahli keluarga perlu memakai baju rasmi biru.
Tiga ketul je sosej?
Mana cukup banyak tu je sosej. Kita tambah lagi. Kambing plok terr
 Berselera semua makan. 
 “Nupe nak abih doh?”
“Hmm….” Mungkin itulah perbualan mereka.

 Pandangan daripada meja makan kami. Terpampang bukan main lagi mengiklankan minyak hitam Speed Master. Terbaik punya.
Percutian yang ringkas tapi bermakna. Seronok dapat berkumpul. Aktiviti yang sangat longgar dapat menghilangkan stress bekerja. Mereka yang hadir sebenarnya datang dari segenap penjuru Kelantan. Kami ni kebetulan pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. Kalau ikutkan, kami la paling jauh. Luar Kelantan kan :P.

Pape pun, hujung minggu kami tidak membosankan. Anak-anak sangat gembira kerana dapat berendam selama 3 jam lebih dalam kolam. Esoknya mereka cakap tak nak balik… -_-‘ Sudah….