DIY Pemasangan Kabinet Giant
Sudah menjadi trend kabinet dipasang di dinding rumah. Memaksimumkan penggunaan ruang rumah yang selama ini hanya dihiasi dengan bingkai gambar dan almari yang ditolak rapat di tepi dinidng. Sayang kan. Jadi, apa kata kita diy (do it yourself) pemasangan kabinet di rumah. Sangat disarankan kepada pemilik sendiri sahaja kerana jika tebuk di rumah yang disewa pasti dapatkan kebenaran dahulu. Berlubang rumah orang tu nanti. Tak pasal-pasal sebelum keluar rumah akan ditolak deposit dua bulan. Kihkihkih
Baik, pertama sekali, beli la kabinet yang murah dan ringan seperti particle board. Boleh didapati di kedai perabot atau pasaraya besar seperti Giant dan Tesco. Kami beli di Giant sahaja dengan harga RM89.99. Bersaiz 33 x 35 x 18 inci. Pastikan anda ukur dahulu ruang yang hendak dipasang kabinet sebelum membeli agar melancarkan kerja. Gambar tidak banyak. Tapi kami akan terangkan langkah yang mudah difahami.
- Buka kotak dan pasang mengikut gambarajah yang diberi.
- Ukur dan tanda pada dinding yang hendak ditebuk. Gunakan pembaris dan alat penimbang air supaya garisan tidak senget. Tak mungkin kita nak kabinet kita nampak jatuhkan.
- Kemudian tanda menggunakan pensel. Bila dah siap nanti, kita boleh padam menggunakan pemadam nanti.
- Tebuk menggunakan drill. Pakai gogle bagi mengelakkan habuk masuk mata. Keselamatan perlu diutamakan.
- Seterusnya kami sertakan gambar.
Loteng di bahagian atas ruang menjemur pakaian.
Kami hanya menyediakan bila ada keperluan sahaja. Kabinet ni dipasang pun disebabkan kami terbeli banyak jaket. Jadi takde tempat penyimpanan. Nak letak di penyidai, rimas mata memandang. Kami terfikir tentang wall cabinet ni. Rumah kami tidak semewah orang lain. Tidak mampu nak sedia barangan yang tinggi harganya. Yang penting bersih dan kemas. Kami juga lebih suka perkataan diy tu. Ada kepuasan bila dapat siapkannya. Yang pasti, yang banyak puas hati adalah isteri kerana suami yang terpaksa perah tenaga lebih. Sekian 🙂