Loteng ni bermaksud satu ruang atas tanpa dinding. Ramai yang salah faham istilah loteng ni. Kata loteng, tapi bila tengok siap ada dinding antara dua bilik. Tambah lagi bilik air. Nak buat boleh bilik air dan tambahan lain, ruang tu perlu terbuka la. Contohnya, gunakan kabinet baju sebagai dinding untuk jadi dua ruang, atau boleh letak tirai/kain langsir. Nak toilet? Sediakan mangkuk tandas sebelah katil. Maka kekallah ia sebagai ruang loteng. Dalam lokap boleh la buat toilet sekali dalam bilik kan. Kalau rumah ni tak tergamak rasanya.
Jadi, untuk tahun ketiga ini barulah kami dapat menyediakan loteng. Tujuan kami buat loteng ni untuk dijadikan bilik anak lelaki sulung kami. Ruang bawah kami jadikan bilik pakaian (tempat menjemur baju dan iron). Kami terfikir nak buat sebab siling bilik tengah terlalu tinggi dan rasa membazir.
Kami survey beberapa orang tukang. Pertama dengan tukang kayu (pekerja Indonesia dari tapak bina taman). Tengok contoh daripada jiran yang dah siap bina loteng dengan harga RM1500. So far okey. Lantai playwood dan tangga macam tangga belakang lori bomba. Dan kami memanggil tukang kayu. Tapi lambat sangat datang, kami panggil pula tukang lain. Dia bagitau kalau guna simen bata, RM5000. Tapi bahan kayu akan membazir. Kami rasa sayang sangat dengan duit. Cancel dengan dia dan cari tukang besi pula. Dia datang dan kami bagi design yang direka sendiri oleh kami. Dia bagitau harga dalam RM2800. Kami terus setuju. Deal bulan 10 datang hujung bulan 12. Haha…
Lokasi di Kemaman, Terengganu.
Update : Aku dah banyak buat perubahan pada loteng ini setelah 4 tahun pembinaannya. Entri baru dah update dan ini adalah linknya. Boleh tekan dan tengok apa penambahan pada loteng ini.Loteng dijadikan bilik tidur
-Bina rumah. -Ubah suai rumah dan pejabat. -Ubah suai dapur. -Buat cabinet dapur dan table top. -Buat porch. -Buat pagar. -Buat gate, grille,awning. -Plaster cailling. -Pasang pintu dan tingkap. -Pasang seramix. -pasang singki dan mangkok tandas. -Megecat luar dan dalam rumah atau pejabat. -Membaiki atap atau bumbung bocor. -Membaiki saluran singki dan tandas tersumbat. -Membaiki lantai bilik air bocor.(kerja2 waterfrufing). -Kerja-kerja paip atau plumbing. -Kerja-kerja elektrikal. -Tebang pokok. -DLL.
Kami menawarkan kadar harga yg berpatutan dan kerja yang berkualiti dan guarantee. Untuk sebarang maklumat atau pertayaan. Sila hubungi atau Whatssap http://www.wasap.my/60125333682
tahniah zizi dan nhazla..sangat kreatif dan menarik..penceritaan pun superb….xsabar nak datang lagi…hihihi
sebenarnya takde la apa sangat. haha… sekadar perkongsian ilmiah. by the way, tq. sila la datang ke umah 🙂
Salam puan,
Ada nombor yang boleh dihubungi tak? KL, Putrajaya, Selangor hehe
maaf sbb br reply. yg ni kemaman punya. 013-9327911 (matyie)
Soalan saya, panas tak atas loteng tu?
panas kalau dah masuk musim. kami bercadang untuk buat dinding bulan 3 nanti dan pasangkan aircond
brapa modal buat sume tu…
Assalamualaikum
Perkhidmatan yang kami tawarkan:
-Bina rumah.
-Ubah suai rumah dan pejabat.
-Ubah suai dapur.
-Buat cabinet dapur dan table top.
-Buat porch.
-Buat pagar.
-Buat gate, grille,awning.
-Plaster cailling.
-Pasang pintu dan tingkap.
-Pasang seramix.
-pasang singki dan mangkok tandas.
-Megecat luar dan dalam rumah atau pejabat.
-Membaiki atap atau bumbung bocor.
-Membaiki saluran singki dan tandas tersumbat.
-Membaiki lantai bilik air bocor.(kerja2 waterfrufing).
-Kerja-kerja paip atau plumbing.
-Kerja-kerja elektrikal.
-Tebang pokok.
-DLL.
Kami menawarkan kadar harga yg berpatutan dan kerja yang berkualiti dan guarantee.
Untuk sebarang maklumat atau pertayaan.
Sila hubungi atau Whatssap
http://www.wasap.my/60125333682
Wah menariknya. Sy pun plan & survey2 untuk buat loteng ni. Tuan ada no tukang ni ke. Boleh riki2 tanya kos
[…] Loteng di bahagian atas ruang menjemur pakaian. […]
[…] 4 tahun dan masih bertahan utuh. Aku pernah ceritakan bagaimana proses loteng dilakukan di entri Loteng Anak-anak. Boleh klik untuk […]