Loteng merupakan tambahan ruang di dalam rumah seolah-olah lantai tergantung. Kebiasaan loteng dibina di antara lantai ke siling. Bagi rumah yang mempunyai siling yang tinggi elok sangat membina loteng. Kebiasaan rumah teres setingkat akan ada satu bilik yang silingnya tinggi melangit.

Amat rugilah dibiarkan ruang tersebut terbuka tanpa membina apa-apa. Nak pasang aircond pun perlukan horse power yang besar untuk menampung keluasan bilik. Sarang labah-labah juga sukar dibersihkan sebab siling terlalu tinggi.

Rumah setingkat kami

Aku dah berimpi lama dah nak bina loteng. Ruang tu boleh diisi dengan satu ruang yang lain. Pada mula aku dapat kunci rumah pun, bilik siling tinggi tu dulu aku fikirkan. Setelah persetujuan bersama dilakukan, aku mengambil keputusan membina loteng dengan menggunakan bahan kayu lapis. Bagi mengukuhkan lagi loteng, aku campurkan dengan bahan keluli lembut berongga.

Jangan risau, kini loteng tu dah berusia lebih 4 tahun dan masih bertahan utuh. Aku pernah ceritakan bagaimana proses loteng dilakukan di entri Loteng Anak-anak. Boleh klik untuk baca.

Aku tak berniat nak ceritakan sekali lagi proses tu. Aku cuma nak tunjukkan perubaan yang dah dilakukan. Ruang loteng ini aku dah tambah beberapa perabot tetap seperti meja belajar, rak buku dan rak pakaian gantung. Oh, wiring plug juga dah dibuat elok. Pendek kata, aircond je belum sempat install. Bagi aku di bahagian tingkap tu perlu ditukar daripada cermin nako kepada cermin kedap.

Air aircond boleh terus buang ke dalam tandas sebelah. Nak lagi jimat, elok pagar keluli ini ditukar kepada mounting board atau apa-apa bahan dinding kedap udara. Takde la bil elektrik melambung tinggi. Aku suka habiskan duit untuk permulaan daripada mengalir banyak setiap bulan.

Cakap banyak tak guna. Boleh scroll gambar di bawah untuk dijadikan panduan. Idea loteng ni tak ditiru daripada mana-mana. Aku lukis dan hantar kepada tukang besi untuk tiru buat. Kabinet pun susunan bersama dengan suami. Gabungan perabot dibeli di Ikea dan Giant. Beginilah hasilnya.

Tangga di sebelah kanan. Untuk keselamatan, dibina pagar. Masih kukuh sehingga kini.
Gambar dari lantai bawah ke atas loteng. Takde pintu ya.
Meja dibina bersama dengan loteng. Bukan beli katil asing dan dibawa ke atas. Bawah tu kami buat ruang penyimpanan yang besar.
Rak baju dan meja belajar ni dibeli di Ikea. Boleh diubahsuai ketinggian meja dan rak mengikut ketinggian yang kita nak.
Ruang penyimpanan di bawah katil. Tersangat luas. Sebesar katil queen.
Di bahagian bawah loteng kami jadikan bilik dobi. Aku suka jemur baju dalam rumah.
Ruang jemur baju yang luas dan bertingkat-tingkat.
Ni adalah video hadiah kamera kepada Naura. Kebetulan hadiah ni diletakkan di bahagian atas loteng. Boleh la tengok keadaan ruang ni dalam bentuk video.

Semoga dengan perkongsian entri ini dapat memberi idea kepada orang lain untuk membina loteng di rumah sendiri. Mungkin anda boleh buat yang lebih baik dan praktikal. Aku punya simple dan takde la mahal sangat kos pembinaannya. Tapi, amat bermanfaat buat anak aku untuk memiliki bilik sendiri.

Selamat mendekorasi rumah!