TALK
Diari 5 – Pertengahan 2020

Diari 5 – Pertengahan 2020

Baru setengah tahun di 2020. Telah berlaku terlalu banyak perkara. Perasaan manis dan pahit bercampur gaul. Keliru sama ada perlu dirai atau ditangisi. Nasib baik dan malang silih berganti. Ada ketika gembira bagai ingin melayang di langit. Ada kala jatuh tersungkur sehinggakan berat untuk bangun semula.

Betullah kata orang. Hidup ini bagaikan roda. Sekejap di atas dan sekejap sahaja boleh pusing ke bawah. Apa yang dinikmati adalah seketika…

Surat pertukaran baru suami ke sekolah lain baru diterima. Sia-sia sahaja usaha kami. Sedih, pedih, sakit… Biarpun ini adalah nasib dia, tapi aku turut terkesan. Seolah cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Begitulah perasaan bila dah suami isteri dah sehati sejiwa.

Kami fikir perkara yang berlaku sebagai penyuntik semangat untuk usaha dengan lebih. Sentiasa fokus kepada matlamat. Kalau perkara kecil macam ni pun kami dah tak mampu, inikan pula bakal ujian maha besar akan berlaku di kemudian hari.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Ini latihan kemudian hari….

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


(Surah al Baqarah 2:286)

Dalam masa yang sama, aku cuba abaikan ujian sekeliling. Sebab sekarang ini juga aku rasa people talking back at me. They know little but talking too much. Mulut orang tak boleh nak tutup. Biarkan. Lama-lama, orang akan lupa. Masa sahaja yang mampu memulihkan kembali. Tutup telinga dan terus jalan.

SOMETIMES THE THINGS WE CAN'T CHANGE END UP CHANGING US

10.00 AM : Menempah ujian PTE secara atas talian. Ingatkan suami nak ambil ujian tu pada 11 Julai 2020. Asyik tangguh dan tangguh, akhirnya dah full book. Ala padan. Terpaksa extend ke 18 Julai 2020. Memang dah tak boleh ubah dan perlu menghadapinya lagi kurang 3 minggu.

Sebelum ni niat nak IELTS. Tapi terpaksa tukar kepada PTE disebabkan result nya keluar selepas 48 jam. Itu yang syok. Kami nak cepat pilih course.

4.00 PM : Pembeli dah mula datang untuk melihat rumah. Perasaan pertama aku ketika tu berdebar-debar jugak la. Orang datang tengok menilai rumah. Fuh, dah macam orang nak kritik masakan pulak. Ada kaitan tak jual rumah dengan makanan? Haha

Ada dua pembeli yang hadir dan kedua-duanya berminat. Tapi tak lepas full loan sebab seorang tu gaji over 5k dan seorang lagi kakitangan awam yang nak full gov loan. Bank takkan luluskan gaji 5k tu beli rumah berharga below 300k. Bagi yang goverment pula kena tanya dulu penilai kakitangan awam. Agak sukar nak dapat pembeli.

Betullah kata si ejen rumah Azlan ni. Proses ni makan masa berbulan-bulan. Bukan silap kami melambat-lambatkan nak jual rumah. Tapi ini semua disebabkan tempoh PKP selama 3 bulan.


Tak tahu nak buat langkah apa lagi. Terpaksa tunggu dan tunggu. Tunggu perasaan luka ni terubat sendiri. Tunggu ujian diduduki dan lagi terpaksa tunggu ada pembeli. Barulah langkah lain boleh dibuat. Pengalaman baru buat kami. Aku pun tak pasti orang lain berpeluang ke tak rasa pengalaman ini.

Aku tak boleh nak sembang dengan orang. Orang tak faham dan tak minat. Aku rasa la kan, dalam seribu orang, ada la seorang kepala macam aku. Sebab tak jumpa in real life. Kebanyakan aku sembang dalam talian je. Tak kenal dan tak pernah bersemuka.

Cermin dah jual dan selamat berada di rumah tuan baru. Dan aku dah naikkan peta dunia sebagai ganti.
Sebelum ni, setiap kali aku lalu pasti akan pandang cermin matahari untuk tengok penampilan diri sebelum keluar rumah. Kini, aku akan pandang masa depan yang bakal kami orak selepas ini.

Aku doakan satu je. Ya, Allah…. Kau tetapkan pendirian aku dan suami dalam mengorak cita-cita. Biarpun gila di mata orang, tapi bukan di mata-Mu. Janji-Mu kepada hamba yang kuat berusaha dan berdoa sentiasa akan dimakbulkan. Cepat atau lambat je. Amin…

:: This is our Ohsem Journey ::

Diary no. #05

Leave a Reply