Niche Video bagi channel Youtube
Semenjak PKP ni, aku banyak luangkan masa menyunting video travel yang lama-lama. Nak keluar negara tak dapat sebab wabak Covid-19 dah melanda dunia, jadi, aku ambil kesempatan asah balik bakat editing menggunakan software Sony Vegas.
Kebiasaan aku edit video hanya suka-suka. Hanya dua kali setahun ke kot. Dua kali tu merujuk 2 kali keluar negara. Jadi, tu jela.
Entah macam mana boleh terjebak serius menyunting video. Siap beli laptop baru lagi. Sanggup berhabis beribu ringgit sebab nak hasil yang terbaik. Konon…
Apa pun, aku cuba istiqamah untuk siapkan sekurang-kurangnya satu video bagi satu minggu. Malas macam mana, aku paksa rajinkan diri untuk buat. Dah beribu modal dikeluarkan semata-mata nak mahirkan diri. Biar la berpadanan dengan harga yang dah dilaburkan.
Lagipun, aku target nak jadi youtuber. Doakan aku dan suami berjaya. Buat masa ni, aku partner dengan suami bagi satu akaun yang diberi nama channel Ralit. Lepas ni berhajat nak split dan masing-masing akan jaga akaun. Jadi, aku perlu pastikan akaun ni berjaya dulu.
Niche channel kami ni adalah Outdoor activities with kids. Kebanyakan yang dah dimuat naik berkaitan travel dan hiking sekeluarga.
Aku bahagikan kepada tiga segmen iaitu Tips Travel, Vlogging dan Ronda Smeta. Masih di bawah niche yang sama. So, takde la penonton rasa keliru.
1. TIPS TRAVEL
Takde la aku hadap sejenis je. Bosan weh. Tips Travel perlu berdurasi 10 minit ke atas. Lagipun sangat complicated. Kena gali banyak video lama untuk dijadikan footage. Sangat teliti dan makan masa yang lama untuk siapkan satu video. Penat.
Lagipun, perlu dalam keadaan formal. Hal nak sampaikan ilmu pengetahuan ni perlu teliti. Informasi perlu tepat dan padat.
2. VLOGGING
Vlogging rasa fun skit. Video harian dan ikut flow video yang dirakan. Ada cerita dari satu babak ke satu babak lain. Kebiasaan vlogging ni adalah peristiwa yang terkini.
Tapi ada juga aku guna pakai video travel lama dan buat vlogging. Contohnya di Dujiangyan. Ini disebakan video di satu-satu tempat terlalu banyak dan menampakkan flow cerita.
3. RONDA SMETA
Segmen terakhir adalah Ronda Smeta. Smeta adalah perkataan dialek Kelantan dan bermaksud Sekejap. Ronda Smeta = Ronda Sekejap. Video hanya memakan masa bawah 5 minit. Setakat ni paling lama hanya 2 minit je. Dah macam dokumentari dah. Lebih kurang tv pendidikan pun ada jugak.
Anak-anak paling suka melibatkan diri untuk menjadikan suaranya sebagai suara latar. Aku pun suka tau dengar suara kanak-kanak ni. Ceria semacam.
Aku sangat berharap agar channel Ralit ini berjaya. Aku suka edit video. Sangat impikan agar inilah kerjaya aku satu hari nanti. Tak perlu dah aku mengadap orang sekeliling. Hadap komen jela. Entah mampu ke tak baca komen daripada haters. Hahaha
Bagi yang belum Subscribe, sila tekan butang tu tau. Video baru akan muncul setiap hari Selasa jam 9 malam. Ada perkara menarik akan menjelma dua bulan lagi bermula hari aku publish entri ni.
Kepada subscribers yang setia, aku ucapkan terima kasih. Aku akan buat yang terbaik dan sentiasa memperbaharui skills editing. Insya Allah.
Tiada apa yang boleh mengubah nasib jika bukan daripada kita sendiri. Bangun dan berlarilah ke arah yang ingin dituju.
Nhazla fikri