Tempat menarik Manila Ocean Park
Aku dah pernah tulis entri Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak. Aku twist tajuk je ni sebab nak update pasal video travel yang aku dah olah semula. Kalau nak tau macam mana nak pergi ke sana, sila klik pautan yang berwarna hijau di atas. Maklumat lengkap beserta dengan gambar lagi.
Aku rasa menarik untuk videokan bagaimana nak mulakan perjalanan sehingga tiba di Manila Ocean Park. Barulah jelas kan.
Di sini, aku ringkaskan perjalanan pada hari berkenaan. Oh, sebelum tu, lawatan kami sekeluarga ini tidak melibatkan trip ramai atau menggunakan ejen pelancongan. Kami redah sendiri 5 sekeluarga pada Disember 2018.
ITINERARI
9.00 pagi : Keluar rumah dan sarapan pagi di restoren makanan halal.
10.00 pagi : Tiba di Manila Ocean Park yang bersebelahan dengan Rizal Park menggunakan perkhidmatan uber. Harga tiket masuk adalah 780 Peso seorang bagi dewasa.
- Kami dapat masuk kesemua tempat di dalam Manila Ocean Park.
- Orang tidak ramai kerana bukan hari hujung minggu.
- Sempat melihat persembahan burung.
- Selain ikan, terdapat juga peguin dan haiwan peliharaan lain seperti burung, hamster dan ayam.
- Elakkan pergi waktu tengahari. Rugi kerana masa telah menjadi singkat.
- Tiada makanan halal di sini.
Boleh tonton video pendek kami yang diberi nama segmen Ronda Seminit di channel Youtube. Jangan lupa untuk Subscribe ya!