Cara buat pasport (Renew) time Covid-19
Pasport antarabangsa kami dah tak boleh guna untuk ke luar negara disebabkan tarikh akan expired lagi 5 bulan. Dalam tempoh 6 bulan terakhir sebelum tamat tempoh memang tak boleh nak fly mana-mana.
Jadi, kami buat keputusan nak renew passport biarpun di musim wabak covid-19. Senang. Bila dapat pengumuman daripada kerajaan untuk buka je pintu sempadan, kami akan terus book tiket flight.
Takde la baru nak sibuk pergi ke pejabat imigresen. Waktu tu mungkin dah ramai dengan orang yang dah tamat tarikh tempoh pasport. Untuk elakkan daripada hal bersesak tu berlaku, kami tetap dengan keputusan ke pejabat imigresen untuk membuka buku merah.
Pembaharuan buku merah ni dibuat adalah di Kemaman, Terengganu. Kami tak pasti tempat lain macam mana.
PROSEDUR BAHARU BUAT PASPORT
1. Buat temujanji di lama sesawang Imigresen. Kalau nak datang ramai dalam satu masa, kena log in berlainan akaun email.
Tak boleh guna akaun yang sama untuk anak kami. Jadi, pastikan anda ada akaun email yang lain.
Tetapkan waktu yang berbeza agar dapat temujanji hari yang sama dengan anak/teman.
Walaupun temujanji masa berbeza, boleh datang waktu sama. Kita just nak tetapkan tarikh di hari yang sama je la. Takkan nak datang lain masa atau lain hari kan. Buang masa kita pulak nanti nak kena minta izin daripada ketua jabatan untuk keluar. Dah la musim wabak ni segala urusan menjadi perlahan sebab banyak sangat proses perlu dilalui.
2. Jawab telefon daripada pejabat imigresen yang menghubungi anda untuk mengesahkan temujanji yang dibuat. Waktu ni la kita tetapkan jumlah orang dan siapa yang akan bersama kita semasa ke pejabat imigresen nanti. Untuk elakkan daripada kena marah di sana nanti. Terkejut jugak la kan kalua pegawai sana tiba-tiba dapat pelanggan lebih daripada yang dicatat.
3. Perlu scan QR Code dan pakai topeng muka semasa berurusan dari pintu pagar sehinggalah masuk ke dalam bangunan pejabat. QR Code perlu diimbas sekali lagi di pintu masuk ruang tertutup imigresen.
4. Datang tepat pada waktunya agar tidak bersimbung dengan pelanggan lain. Waktu kami ke sana, memang tak ada pelanggan lain kecuali kami sekeluarga.
Ada la seorang tiba-tiba masuk mengambil dokumen. Mungkin dah buat temujanji jugak kot. Datang tak sampai 5 minit dah keluar. Jadi, urusan sangat cepat dan sistematik.
5. Tidak perlu bawa wang tunai. Pastikan kad ATM telah diaktifkan debit. Kalau tak silap aku, semua kad ATM telah automatik debit rasanya.
6. Proses secepat 15 minit pun dah setel jika tak ada masalah.
SYARAT PEMAKAIAN MEMBUAT PASPORT
- Lelaki perlu memakai baju berkolar atau berkot.
- Perempuan yang menutup aurat perlu memakai tudung warna hitam.
Jika bergesa-gesa datang daripada tempat bekerja dan tidak berpakaian seperti syarat di atas, boleh je pakai yang disediakan di sana. Sanggup tak sanggup je pakai. Bayangkan tudung tu baru dipakai oleh 10 orang sebelum kita? Musim covid-19 ni macam tak sesuai…
DOKUMEN PERLU DIBAWA
- Pasport lama.
- Surat beranak dan Mykid asal untuk anak berusia bawah 18 tahun.
- Gambar passport bayi jika tidak mahu bergambar di situ (usia 0-24 bulan) Tapi, boleh je bergambar di situ. Ada je kerusi bayi dan mainan untuk alih perhatian.
Jadi, elok sangat renew passport waktu musim PKP ni. Tak perlu nak tunggu lama sangat seperti 5 tahun lepas. Untungnya, tarikh renew adalah tarikh pada hari last expired di buku lama. Kami punya pada November. Ada lagi 5 tahun setengah lagi nak expired. Haha
Tak ada masalah pun nak buat bila pasport ni. Asalkan tak fly mana-mana. Cuma, ada la soalan daripada pihak imigresen tentang tujuan renew pasport. Kalau nak travel semata-mata nak melancong memang diorang pesan awal-awal negara Malaysia belum buka border. Tapi, jika ada urusan kerja, belajar atau menetap, boleh dipertimbangkan dengan memohon kebenaran dengan Ketua Pengarah Imigresen di Putrajaya.
Biasanya lepas untuk keluar kalau hal-hal tertentu. Melancong saje-saje jela tak dibenarkan. Sampai sana kena kuarantin 14 hari. Buat rugi duit hotel je bayar. Bukan boleh keluar. Jadi, tunggu la sehingga arahan daripada kerajaan Malaysia membenarkan pintu sempadan dibuka. Insya Allah. Tak lama dah.
Doakan yang baik-baik sahaja untuk masa depan kita semua. Biarpun orang kata keluar melihat negara lain adalah kehendak semata-mata, bagi aku benda ni subjektif. Kalau niat nak pergi suka-suka, suka-suka jela yang dapat. Kalau keluar nak belajar dan dapatkan pengalaman, itulah yang akan dibawa balik.
Kita ikut je arahan. SOP kan hadooo. Insya Allah selamat dunia dan akhirat. Selamat memperbaharui pasport!
#familytravel #kidsbackpack #travellermalaysia
15 thoughts on “Cara buat pasport (Renew) time Covid-19”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Ohhh macam tu. Baru tau prosedur macam ni. Kalau yang biasa walk in ke KDN tu mesti rasa geram kan. Hahaha. Dah ada cara appointment camni lg bagus.
maaf bertanya.kita nak pilih bahagian apa ye utk renew pasport?saya buka dah laman web immigreswn sto tapi x tau nak tekan mana untuk renew.nampak urusan visa lah dll.x nampak untuk renew pasport
untuk yang latest, saya tidak pasti. saya pun dah lupa. Nak tolong tengok dalam laman imi pun tak boleh sebab saya berada di luar negara. minta maaf
Alhamdulilah dipermudahkan urusan sekarang nie. Rawlins ingat lagi zaman 2000 dulu kena buat at least 3 bulan sebelum tarikh travel. Pastu kena bawa gambar sendiri hahaha. Now semua dah cepat dan senang.
Yaaa betul..sama macam di Johor juga..sebab dah ada gak pengalaman hrtu menemani adik buat pasport dan IC anaknya.. kena semua atas talian dulu baru le walk in..
Bagus perk<ngsian ni. Detail dan bermanfaat dan pasti akan sangat membantu mereka yg nak buat passport waktu PKPP ni
passport BBL rasanya expired tahun 2022.. hm..buat masa ni rasa tak lagi nak renew passport. tunggu covid reda baru plan nak travel sana sini.
lambat lagi…. tak perlu lagi renew. kami ni kena renew dah sebab 6 bulan sblm expired dah tak boleh keluar. lagipun, kalau tiba2 nak beli tiket untuk januari contohnya nakkan nombor pasport baru
Uwh baru tahu prosedur tak boleh walk in je. Kena set appointment online ye. Nasib baik passport lama lagi expired. Yelah tahun ni passport tak laku. Takde diskaun sempena covid ke? Huhu
Sekejap pula proses time covid 19.. saper2 yg plan bolehla buat atau renew skrg ni kan
Passpirt kak blm mati lg next time taulah mcm mana nak renew dan ikut sop, tq for sharing
Tu la belum ada pelan nak ke mana mana jadi malas lak nak rebew paspot dalam tempoh PKP ini… moga wabak ini cepat berlalu…
wah memang jelas penerangannya. saya pun baru first time buat passport tahun lepas. pastu tahun ni nampak gaya tak dapatlah nak guna. 🙂
Cm ne nk buat temujanji online bro.. Ada link tak
masuk website imi, klik sistem temujanji online. ni link https://www.imi.gov.my/ dan http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php Saya bukan bro… Saya sis. harap maklumat diperolehi menepati