Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak
Pergi Disember 2018 lagi. Tapi baru nak buat entri pasal berkunjung ke Manila Ocean Park ni di tahun 2019. Lambat sangat nak karang sebab kekangan masa. Kerja yang terlalu pack untuk tahun ini. Kena kuatkan semangat jugak untuk siapkan entri ni bagi membantu pengunjung-pengunjung yang bakal ke Filipina tak lama lagi. Harap membantu ya!
Manila Ocean Park merupakan salah satu tempat yang boleh dikunjungi bersama anak-anak (Takde anak pun boleh je nak berkunjung) Kenapa kena masuk senarai tempat yang wajib pergi? Sebab di sini mempunyai akuarium maha besar dan dipenuhi pelbagai jenis ikan yang hidup di lautan. Dah nama pun lautan, maka ikan semestinya bersaiz XXL. Ikan jerung dan paus pun ada. Fuyoo sangat kan. Terbeliak mata anak-anak bila dapat lihat ikan yang berganda-ganda besar berbanding saiz badan mereka.
Lokasi Manila Ocean Park ini terletak di berhadapan dengan Rizal Park. Rizal Park antara salah satu tempat yang patut diletakkan dalam senarai yang juga perlu dikunjungi. Mana mungkin ke Manila tak jejak ke Rizal Park ni. Taknak cerita yang tu. Fokus balik entri asal.
Kami ke sana dengan grab. Dari hotel ke Manila Ocean Park satu kereta baru 250 peso. Tak mahal sebab bawak 5 orang. Nak naik tuk tuk pun takde masalah. Cuma nak kena alert dengan jalan jela. Mau kena naik turun tuk tuk berulang kali baru sampai ke sana. Kalau bujang boleh la. Tak boleh bayang aku dengan anak-anak nak naik turun bagai. Basah ketiak wei. Dah la cuaca panas macam Kuala Lumpur.
Di hadapan gerbang ternampak jelas kaunter tiket pembayaran. Bayar dulu baru masuk ya. Kami bayar pakej P785. Boleh masuk di beberapa tempat lain seperti tengok peguin, burung helang, ayam burung dan persembahan singa laut. Takde la sekadar tengok ikan je.
Masuk kena scan dulu. Scanner dibahagikan kepada perempuan dan lelaki. Sebab kita ni banyak beg, serahkan kepada seorang je bawak. Aku pegang Niqrisa je. Biar laki aku kena soal banyak. Kuakua Tak banyak soal pun. Kalau family ni konpem kasi lepas punya tanpa banyak cakap.
Ada lorong-lorong menghala ke beberapa kawasan yang tidak berhubung. Masuk je terus ke lorong kiri menuju ke taman. Taman ni ada kolam buatan. Cantik sebab taman terbuka bersilingkan matahari. Akuarium dan kolam buatan kecil ada memenuhi taman yang hijau.
Taknak lama sebab panas. Aku terus heret kesemua ahli keluarga masuk dalam. Masuk je terus suasana bertukar menjadi gelap. Yang nampak hanyalah lampu di dalam akuarium yang menampakkan ikan-ikan berenang dalam kelompok jenis masing-masing. Anak-anak dah mula seronok gembira. Ikan dalam laut ni bukan mudah boleh tengok secara langsung. Ni elok duk dalam akuarium. Seronok la budak-budak kan.
Lagi ke dalam kami melangkah, makin besar saiz akuarium. Ikan-ikan pun dah sama besar saiz aku. Ada la sikit menakutkan sebab tak pernah tengok sepanjang hayat. Bertuah la ko nak. Kecik-kecik dah hadap semua ni. Tanpa disedari, kami berjalan di satu lorong kesemuanya adalah akuarium. Kami terpegun! Ikan pari bagaikan terbang di atas kepala. Niqrisa yang baru berusia 5 bulan ni pun bukan main teruja. Membulat matanya aku tengok.
Selesai di bahagian akuarium, kami pergi ke bilik Peguin. Peguin yang dari Antartika elok berenang dalam air. Boleh korang duk di Filipina yang bercuaca 30 darjah ni berbanding Antartika yang bersuhu -60 darjah? Bayangkan berapa bil nak kena bayar nak capai suhu sebagaimana Antartika?
Kemudian kami pergi melihat burung Helang. Aku tak tahu jenis burung Helang ni. Dan aku lihat dengan keadaan krik krik. Dah la guide ni memberi penerangan dalam Bahasa Tagalog. Bila tak faham mula la bosan. Cepat aje kami keluar menunggu di tempat persembahan bakal berlangsung. Seronok anak-anak bertepuk tangan dan menjerit kegembiraan tengok persembahan daripada haiwan-haiwan.
Sebelum balik, jangan lupa satu lagi tempat untuk singgah. Di situ menempatkan haiwan seperti burung, ayam dan guinea pig. Haiwan di sini dibiarkan berkeliaran secara bebas membuatkan anak-anak kegirangan mengejar. Elok sangat la untuk anak-anak aku yang jakun ni. Selama ni tengok buku je kan. Sekarang nak peluk cium pun boleh.
Seharian di sini boleh menyebabkan badan berbau tengik. Panas betul. Di kawasan akuarium je sejuk sebab ada penghawa dingin. Tempat lain semuanya open air. Pemilihan pakaian perlu sesuai bagi mengelakkan menyimpan haba. Sentiasa minum air supaya tidak berlaku penghidratan dalam badan. Kaunter makanan dan minuman dan restoren ada je. Nak duduk makan minum tu ada rasa was-was. Beli air mineral jela. Konpem halal.
- KESESUAIAN UNTUK RIADAH KELUARGA = 9/10
- HARGA TIKET MASUK = Boleh la
- INFO PENDIDIKAN = 9/10
- MASA = Elok berseharian di sini
- MAKANAN HALAL = Tak pasti
- KEBERSIHAN = 7/10
- NILAI BAYARAN = Berbaloi
Jadi, ibu bapa yang datang ke Manila dengan anak-anak tu, jangan lupa masukkan Manila Ocean Park dalam senarai tempat wajib dikunjungi. Biar la ada jugak bahagian untuk anak-anak bila dah travel jauh ni. Untuk dewasa ni perlu ke mana? Nanti buat entri lain pulak ek. Selamat mengembara!
It’s more fun in the Philippines
23 thoughts on “Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Manila Ocean Park looks suitable for my children to go there too. Will bring them there during this coming school holiday.
Macam yg dekat Singapore Tu . I love visit this kind of place. Can see Marine life . Harga pun not bad murah. I includ this in my must visit list .
wish to visit this park as well… never been to manila yet.. looks fun and great place…
Budak budak bagi tengok hidupan dalam marine life tu pun memang dieorang dah excited sangat. Kite yang dah besar pun tengok rasa kagum, budak budak lagi lah
Ala nak tengok pic iakn2 yang saiz XXL tu. Iyalah kami pun belom sampai manila. Hehe. Jakun jugak jadinya. Pernah pegi pun kat Penang je. Aquaria KLCC pun tak pernah pi. Hehe. Yang penting kata kuncinya kat sana panasss. Kena pakai baju sesuai la ye.
Menariknya kat Manila Ocean Life ni! Anak Marsha pun suka tengok hidupan marin sebab susah nak nampak kat luar kan. Kitorang memang suka layan NatGeo. Hope nanti ada rezeki dan peluang menjejakan kaki ke sini.
Bestnya dpt tgk Manila Ocean Park satu pengalaman ditempat org moga kak pun nti sampai ke sini.
memnag best pergi tempat haiwan bawak anak-anak ni. diaornag suka tengok haiwan..kita pun suka tengok juga kan..heehee..one day boleh pergi
Kita tengok burung helang tu ingat hanya patung hehehe rupanya real yer wakaka cantik bulunya.. Tapi menarik lah kat Manila ada tempat bercuti macam ni kita tak pernah sampai sana lagi hurmmm nak pergi juga…
Wah bestnya tmpt ni. Sesuai untuk budak2 sbb nmpk mcm bnyk tarikan. Rasa mcm menarik. Boleh masuk dlm wishlist ni. jehehe
Bestnya Ocean Park. Dapat memahami lebih tentang Haiwan and very good for the children. ??
I never know there’s Ocean Park here! And by seeing your post I can see everyone having a good time there, is the perfect place for a family outing.
yang malaysia pun saya tak sampai lagi. hahaha
cantek juga tgk kawasan kat sini. tak pernah sampai filpina tapi tengok tempat nampak menarik. especially kalau bawa anak2 mmg sangat rekomen…jalan-jalan sambil belajar
Sejujurnya, saya takut melawat Filipin haha…mindset teruk sangat ! tapi bila baca ni, mungkin sy akan pertimbangkan nak lawat Manila
filipina sama macam pergi Kuala Lumpur je. muka kita pun sama je dengan mereka
Wah menarik juga Ocean Park kat sini. Manila belum sempat nak visit tapi ada dalam wishlist. Philipines lah negara asia tenggara yang belum visit lagi.
Cantik dan menariknya Manila Ocean Park ni… tak pernah terfikir nak pergi sampai Manila untuk cari Ocean Park ni. Apa-apapun terima kasih, thansk for sharing
Seronok macam-macam haiwan dan binatang ni!
I have been to the Ocean Park in Hongkong before, and I think the tunnel will still be the best experience out of all. Hope you guys do plan to visit that Ocean Park too. 🙂
[…] Previous< Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak […]
wah, web ini sangat menolong. saya jadi belajar banyak hal dari web ini. lanjutkan!!!
[…] dah pernah tulis entri Melawat Manila Ocean Park bersama anak-anak. Aku twist tajuk je ni sebab nak update pasal video travel yang aku dah olah semula. Kalau nak tau […]