Jejak ke Intramuros, Manila
Bawak anak-anak yang bersekolah rendah sangat sesuai la ke taman-taman. Antaranya ke Intramuros yang terletak di tengah bandaraya Manila. Biar budak-budak ni belajar dengan lebih dekat. Real depan mata ni beza dengan baca dalam google atau pembelajaran dalam kelas. Sambil jalan-jalan, boleh juga belajar menambah ilmu pengetahuan. Dah lama jugak teringin nak homeschooling anak-anak. Mampu buat sunguh-sungguh waktu travel je.
Berbalik tajuk di atas. Intramuros ni lebih dikenali sebagai bandar berdinding. Taman memang banyak la dalam Intramuros yang berkawasan seluas 0.67 km. Tempat ni merupakan tinggalan sejarah oleh penjajah-penjajah sebelum Filipina memperoleh kemerdekaan. Monumen seperti bangunan yang telah runtuh di Intramuros ini banyak dibaik pulih semula bertujuan sebagai tempat kajian, pendidikan dan pusat pelancongan. Lebih kurang macam kat Melaka. Cumanya sangat luas dan banyak boleh jejak.
Memang ramai pun pelancong luar negara ke sini. Mereka datang nak korek cerita. Termasuklah kami ni. Rugi sangat kalau tak pergi. Dalam jadual itinerari memang target nak ke sana je. Sampai sana rupa-rupanya banyak tempat dalam satu kawasan Intamuros ni. Antaranya ialah San Agustin Church, Rizaliana Furniture Hall, The Dungeons, Rajah Sulaiman Theater, Spanish Barrack Ruins, Casa Manila Museum dan Fort Santiago.
Tapi, yang peliknya, dalam jadual kami kenapa tulis Fort Santiago? Ke satu Intramuros ni Fort Santiago? Tengah pening-pening, kepala bingung, datang la mamat bertatu ni. Ingatkan nak scam kami. Rupanya dia adalah penarik beca kerajaan. Kerja sebagai tour guide. Ada lesen yang sah. Nama pun dah lupa. Dia tawarkan nak jadi tour guide untuk kami dengan membawa ke tempat menarik dalam Intramuros ni dengan menaiki beca.
Rimas jugak la kan sebab sebelum ni mana pakai guide bagai. Tapi, sebab panas dan tak tahu mana nak mula, kami setuju jela. Tawarannya adalah P350 selama 30 minit. Kena naik dua beca sebab kami berlima. Maka, jumlah 2 beca adalah P700. Bersamaan RM58.33. Mahal lagi beca di Melaka. Beca pun kosong takde hias dengan tema Doraemon, Hello Kitty ke apa. Cat hijau je di kerangka.
Santai sangat sebab ada orang bawakkan. Dah macam orang kaya tunggu masa orang nak kikis duit pulak. Haha… Tak sampai 3 minit, tiba ke destinasi pertama. Kami tak sure nama bangunan ni. Lebih kurang pameran design rumah masa hadapan. Manila ni padat. Rakyatnya ramai miskin. Jadi, kerajaan punya alternatif mencipta rumah berkeluasan kecil di tempat yang padat. Rekaan punya la hebat. Tapi pelaksanaan entah bila. Guide beca tu yang cerita. Kami taknak lama. Kemudian sibuk penarik beca ni nak suruh kami bergambar. Layan. Tak pernah dapat gambar berlima. Ada la sebaris bersama.
Tanpa berlengah, kami ke kapsul Memore Manila 1945. Ada tugu di satu taman. Tugu yang menceritakan kisah tentang penyeksaan rakyat Filipina semasa penjajahan zaman Jepun dulu. Guide beca kami ni cerita. Alah… Baca je pun yang ada kat papan cerita depan tugu tu. Sebelum beralih ke tempat lain, disuruh bergambar berllima lagi.
Lokasi ketiga adalah Gereja Manila Cathedral. First time kami attempt church. Berbelah bagi hati ni nak masuk taknak. Tengok sekeliling tengok ramai pelancong tak kira agama masuk. Katanya sini dah jadi macam muzium. Dengan kaki yang berat, masuklah jugak. Niat di hati, cuma nak tahu je. Kalau ikutkan, dalam gereja nak solat pun boleh kan. Tapi, ada berani ke? Kah! Gereja ni walaupun dijadikan muzium, masih berfungsi sebagai rumah ibadat penganut Kritian. Kebetulan waktu tu ada yang berdoa, berkahwin dan menderma. Boleh la tengok secara live. Selama ni tengok di tv je. Guide beca tu sungguh-sungguh cerita hal agama ni. Kami angguk je. Anak-anak sibuk bertanya semua hal mereka nampak dalam tu. Jenuh jugak la kami terangkan dari prospek agama Islam. Dua dalam satu. Guide tu cerita dalam English, kami translate Bahasa Melayu. Fuh, penat jadi cikgu kepada budak-budak ni. Banyak betul soalan.
Sebelum naik beca, disuruh bergambar. Haha… Kami ni dah macam pelancong mat salleh yang pakai baju Hawaii rasanya. Kemudian kami dibawa ke Fort Santiago. La… Ni la tempat yang kami nak pergi. Bukan yang dibawa sebelum-sebelum ni. Tiket masuk kena bayar sebanyak P75. Sama macam dalam itinerari kami. Dah kenapa kami pergi tempat-tempat tadi? Macam buang masa.
Fort Santiago ni jajahan oleh negara Sepanyol. Memang jelas kelihatan tinggalan mereka. Sangatlah besar nak berjalan dalam ni. Tapi, puas hati. Boleh tahu macam-macam cerita bersejarah. Memang sini tempat yang kami suka. Dengan bangunan tahun 1571 pun masih lagi tegak kukuh berdiri. Asalnya diperintah oleh Rajah Sulaiaman iaitu kerajaan Islam. Tapi, telah diusir keluar ke satu tempat lain. Nak tau cerita lagi, kena datang sini la. View nak amik gambar pun cantik. Seolah-olah berada di zaman 1500an.
Kami berbincang sesama kami. Macam nak stop je guide beca tu ikut kami. Rimas pun ada. Sikit-sikit suruh diambil gambar. Lagipun ceritanya hanya yang ada di papan yang telah siap ada. Macam la kami tak reti baca kan. Dia macam nak cepat. Kami pula nak menikmati akan sesuatu tempat. Tapi, disebabkan sini panas dan luas, kami give up dan follow lagi trip mereka.
Ada lagi 3 destinasi yang kami sendiri dah lupa. Tapi, disebabkan penat di Fort Santiago, kami takmau turun. Kalau turun pun, sekejap saje. Dalam 5 minit pun tak sampai. Sehinggalah sampai ke destinasi terakhir iaitu di pit stop waktu permulaan kami gerak. Lagi beberapa minit nak pukul 1. Disuruhnya kami tunggu di hadapan gereja tu untuk tempat terakhir kami lawati. Dan dia minta bayaran sebanyak P4200. Mau tak terkejut beruk kami waktu tu. Convert duit kita jadi RM350!!! Duit dalam dompet ada P2000 je…
We don’t have enough money to pay you.
It’s ok. Here is ATM machine.
Haha. Ko rasa? Dah berapa ramai dah terkena macam kami? ATM tu sebelah je dengan kami waktu tu dia yakin kami tak cukup duit. Dan kami macam lembu kena cucuk hidung sebab terpaksa cucuk semata-mata nak bayar upah naik beca. Soalannya, adakah salah dia? Tak. Sebab kami yang ralit dengan masa!!! Ketika tu, ada jugak rasa marah. Nak je kaw-kaw bagi. Tapi, bila fikir balik, kan ke dia ada bagitau waktu awal-awal deal
P350 for 30 minutes ride, ma’am.
Ma’am la sangat. Aduh, terngiang-ngiang ayat dia tadi. Kalau ye pun, nape tak bagitau kami yang masa dah time??? Di Fort Santiago tadi memang dah beriya-iya kami bincang taknak pakai dah guide ni. Tapi kenapa la mulut ni susah betul nak cakap TAKNAK DAH. Nak argue memang tak guna. Dia memang tour guide beca berlesen. Kenyang la ko ya… Nak amik gambar dengan beca pun tak sempat. Laju korang menghilang.
Selepas apa yang terjadi, kami saling sengeh dan menggelengkan kepala je. Nasib baik kami ni jenis spend duit untuk kes macam ni. Nak beringat, akhirnya terkena juga. Mahal betul kenangan ni. Siap kena bayar harga tak masuk akal semata-mata nak naik beca. Oh, beca Melaka. Tiba-tiba we miss you. Hahaha.
Di sini, kami nak berpesan. Ke Intramuros, sila jalan kaki je. Semua tempat tu dekat yang amat. Kalau penat sangat, di situ ada perkhidmatan naik kuda. Malu? Boleh je naik beca. Bayar pengangkutan je. Bukan tour guide tu. Kalau nak sangat tau cerita sana, baca jela. Berlambak papan tanda menceritakan sejarah lepas. Guide tu pun baca je situ sambil tunjuk-tunjuk. Setakat nak ada gambar berlima, pakai monopod atau tripod pun boleh. Dah la rimas dengan adanya dia mengikut dan sentiasa nak cepat. Nak duduk lama di satu-satu tempat memang tak boleh. So, say no to tour guide after this.
It’s more fun in the Philippines
Slogan pelancongan Filipina yang tak berapa nak fun untuk kali ini. Kah!
4 thoughts on “Jejak ke Intramuros, Manila”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Thanks for this article. I definitely agree with what you are saying.
[…] Previous < Pengalaman Jejak ke Intramuros […]
[…] Previous< Jejak ke Intramuros, Manila […]
[…] Previous< Jejak ke Intramuros […]