REVIEW
Review penerbangan Philippine Airlines

Review penerbangan Philippine Airlines

Kebiasaan kita lihat ramai yang ke luar negara dengan terbang bersama Airasia. AirAsia ni memang cukup terkenal dengan tambang murah. Itu yang menjadi pilihan bagi setiap pengembara tidak kira dalam atau ke luar negara. Untuk pengetahuan, AirAsia merupakan syarikat tambang murah dunia buat kali kesepuluh berturut-turut dalam Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia 2018. Tak hairan ramai yang menjadi AirAsia sebagai pilihan pertama. 

Tebus tiket di kaunter.

Untuk bulan Disember 2018 baru-baru ini, kami diberi peluang merasai penerbangan lain iaitu Philippine Airlines (PAL). Ada install aplikasi di handset. Tapi tak pernah terasa nak beli pun. Bulan Julai cuba tengok dan tak sangka dapat harga berbaloi. Terus book harga tiket pergi dan balik berjumlah RM2400 untuk lima orang. Dapat luggage 30 kg free dan meals untuk setiap penumpang.

Sungguh tak sangka. Rupa-rupanya PAL ni bukan calang-calang flight. Masa nak naik kapal tu la baru tahu yang kami sebenarnya sedang naik flight yang bertaraf empat bintang. Terpampang logo empat bintang tu di pintu masuk kapal terbang. Wah, wah! 

Yang beli business class berada di hadapan. Tak banyak kerusi pun. Kami yang ekonomi ni berada di ruang 2/3 badan kapal. Gap pun pakai kain je. Ruang yang kami duduk boleh tahan luasnya. Nak betulkan kaki pun tak ganggu orang sebelah. Kaki boleh silang tau. Tak perlu nak duduk menyempit. Bantal dan selimut disediakan. Disebabkan tak sejuk, tak perlu mintak selimut. Bantal pun tak sempat nak guna buat tidur sebab perjalanan udara dari Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa 2 jam setengah sahaja.

Perjalanan waktu pergi. Yang check in online sempit sikit berbanding yang waktu balik ke Kuala Lumpur.

Di hari terbang ke Manila, kami telah rebut awal-awal kerusi sebaris untuk kami sekeluarga. So, takde masalah apa-apa. Kali kedua nak balik, kami terlupa nak check in online. Memang masalah betul waktu tu sebab risau kami sekeluarga duduk terpisah. Menyesal tak sudah. Cadang nak raih simpati dengan penumpang lain untuk tukar suka sama suka nanti. Tak pun nak minta tolong pramugari tolong berbincang. Tapi lain pulak jadinya. Belum sempat nak jalankan pelan, petugas kaunter dah tolong aturkan untuk kami. Kami ditempatkan di belakang ruang penumpang business class. Ruang antara kerusi lebih luas berbanding sebelum ni. Waktu check in online takde pulak nombor kerusi ni untuk dijadikan pilihan. Kami agak, kerusi ni reserve untuk kes macam kami. Tak pun, memang untuk disediakan kepada  family yang ada bayi.  Bila lihat sekeliling kami, ramai member sebaya bayi kami. Tak heran la… Rezeki Niqrisa dapat tempat luas macam ni.

Pandang member dia. Ruang lebih luas sewaktu pulang ke tanah air. Terima kasih petugas kaunter yang bantu kami aturkan di kerusi ni.

Lupa nak cakap. Waktu nak beratur dapatkan tiket print di kaunter, yang kurang upaya dan ada anak kecil dikehendaki beratur di lorong yang disediakan khas. Lebih cepat dan memudahkan. Bye-bye kepada penumpang yang masih lama beratur. Terima kasih sekali lagi kepada Niqrisa kerana telah mempercepatkan urusan kami. Memang satu kelebihan pulak bila ada bayi ni. Haha

Satu cerita lagi. Waktu kat kaunter boarding, petugas scan semua tiket kami. Cuma yang tersangkut hanyalah Niqrisa kerana tak wujud dalam sistem imigresen. Kesilapan berlaku sewaktu kami di imigresen Malaysia. Petugas meringankan tulang membantu kami pergi ke imigresen sendiri tanpa adanya kami dan semuanya selesai dalam masa yang singkat. Huh, kalau tak jenuh jugak buat kami yang ada bayi ni kena pergi balik ke sana. Jauh tu…

Lorong untuk yang ada anak kecil, orang tua dan kurang upaya. Barisan sangat pendek. Itu yang jadi laju. 
 

Meals ada dua pilihan dalam satu masa. Nasi atau spagetti. Jika penerbangan dari Kuala Lumpur – Manila dan Manila – Kuala Luumpur, makanan adalah berstatus halal. Jika dari Manila ke negara lain, kami tidak pasti. Mungkin perlu request dengan email.

Nasi berlauk ikan. Sedap. Kena la dengan selera tekak Malaysia ni.
Budak-budak dengan senang hati memilih spagetti. 

Air tu minta la apa-apa pun takde masalah. Nak banyak kali pun boleh. Minum air banyak tak larat nak ulang alik ke tandas jela. Tandas not bad. Cuma takde pili air. Terpaksa guna tisu. Macam mana cara nak guna, pandai-pandai la. Yang penting, tandas yang disediakan mesra untuk bayi.

Takde monitor nak tengok cerita atau main game. Earphone takde pulak disediakan. Tak tau la kena minta baru dapat. Tapi nak cucuk kat mana? Tak jumpa pun tempat cucuk kat kerusi atau arm rest.

Layanan daripada staf PAL sangat memuaskan hati. Memang setaraf dengan empat bintang sebagaimana dinobatkan. Panggil je pramugari akan terus datang membantu. Yes, ma’am. What can I help you? Seronok kan bila tanya je, masalah selesai. Hehe Anak-anak pun takde rasa takut dengan staf. Walaupun bahasa itik ayam pun, staf sedia menghulurkan khidmatnya.

Dari segi entertain, bagi kami takde langsung bagi yang pergi bujang atau dengan kawan-kawan. Bagi yang pergi dengan keluarga, PAL ni okey. Adakah berbaloi empat bintang? Tak pun. Tiga bintang kami berikan. PAL ni baru sahaja naik taraf  daripada tiga ke empat bintang. Jadi, takde la expect tinggi sangat. Dari keselesaan, yes, sangat selesa. Sebab mesra keluarga. Takde la kami kena sound sebab anak bising. Sebab dah dikumpulkan setempat kan. Apa-apa pun, kami lihat PAL amat memberi fokus kepada golongan penumpang yang kurang upaya dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Kami berasa amat bersyukur kerana dipermudahkan dengan terbang bersama PAL.

Terima kasih atas pengalaman yang tidak disangka-sangka ini. Semoga maju jaya buat PAL untuk menjadi setaraf dengan syarikat lima bintang yang lain. Harap jugak buat kami dapat berpeluang naik flight lain dan boleh buat review macam ni lagi. Kalau dah rezeki, memang takkan salah alamat. InsyaAllah!

Enjoy our Manila – Cebu Vlog!

It’s more fun in the Phillipines

Previous< Peringatan scammer di Filipina

Review Ninoy Aquinoy National Airport (NINOY) >Next

1 thought on “Review penerbangan Philippine Airlines

Leave a Reply