
Peringatan scammer di Filipina
Hahahaha! Gelak dulu. Sebab ada perkara yang telah disembunyikan semasa kami di Filipina. Sekarang je baru nak bukak cerita. Kesnya macam ni. Kami rimas dengan seorang mamat yang kami jumpa di Cebu City. Aku dah block FB dia. Termasuk bini dia sekali. Now, I’m freely to write anything. Takde cover-cover. Ada yang tanya kami, macam tu je ke pengalaman di Filipina? Tak. Belum habis lagi. Ni baru ada perkara nak kongsi. Bukan semuanya indah tau. Tak brutal la kalau tak pernah terkena kan. Not bad experienced ni. And we learned. So, my part must sharing to make sure everybody alert. Sharing is caring.. Takkan nak simpan buat pekasam kan.
Scammer ni mana-mana ada. Macam mana bentuk scam ni, bergantung negara yang dikunjungi. Ditegaskan, ini cara scam di Filipina.
1. Paw duit baki.
Pernah diceritakan di entri yang lepas. Up balik. Kami guna grab sebagai pengangkutan di sana. Kalau ada balance lagi 30 peso, contohnya, haram pemandu nak tak kasi. Kalau jumpa 10 pemandu grab, 2 pemandu je bagi balik baki. Yang lain buat muka bodo, ambil sepenuhnya wang kami dan masukkan ke dalam wallet tanpa rasa bersalah. Cara nak atasi, bagi duit cukup-cukup. Ngam-ngam. Kira la sekeping-skeping syiling depan dia tu. Malu apa bossku. Kihkih
2. Demand grab.
Tersangat demand. Kalau tak cukup jumlah penumpang, jangan harap dia kasi naik. Kalau bab angkat beg, buat dek je driver dalam tu. Janji penumpang masuk dan bayar sebelum turun. Nak sembang? Ada yang ramah. Ada juga yang mencuka. Pernah naik grab yang jenis buat bunyi mendengus? Nak boleh sampai ke destinasi tu, tak putus bunyi uff. Gatal tekak kot. Positip, positip! Don’t spoil mood travel.
3. Host couchsurfing.
Kami pernah guna couchsurfing sebelum ni. Alhamdulillah, ok sangat. Kebanyakan yang join couchsurfing ni antaranya nak belajar Bahasa Inggeris, ada nak berkenalan dengan orang daripada luar negara, ada yang nak mengetahui budaya dan tak kurang juga yang ambil kesempatan menyediakan perkhidmatan sebagai tour guide. Sebab last tu memang tak gemar. Tanya sikit, duit. Nak tau hal ni, duit. Rimas la. Motif join couchsurfing dah lari mereka ni.
4. Perkhidmatan merapu.
Macam-macam services tak masuk akal dapat di sini. Ambil upah tangkap gambar pakai kamera sendiri pun ada, duk gaya kami suruh beli mainan burung apa ntah, pun ada. Banyak kali baling depan kami dengan harapan kami beli. Waktu tu duk fikir, kalau tersentuh je badan anak-anak kami memang nahas la. Tapi takde pun. Apa lagi service, kami pun dah lupa. Banyak tercengang la bila lihat.
5. Tricyle/ beca.
Ni lah yang paling kena jauhi. Sekali terkena, tobat ingat sampai bila-bila. Kami dah kena tau. Lebih-lebih lagi korang yang nak ke Intramuros tu. Kaw-kaw kau akan kena cekik kalau tak beware. Nasib kami dah standby duit untuk kemungkinan macam ni. Walaupun dalam hati tak hingin…. Nyesal bucu katil tak habis lagi hingga kini. Amik pengajaran!

6. Bila terlalu baik.
Orang baik terlajak-lajak ni ada makna tau. Don’t sangka clear water no boya… Surely have shrimp back rock (ada udang disebalik batu). Haha ntah pape ayat. Ok. Macam ni ceritanya. Kami terjumpa mamat ni di masjid. Dia ada dua kerakyatan negara, Malaysia dan Filipina. Surely la boleh cakap Melayu. Suka la kan. Sembang-sembang, makan-makan. Tak habis di situ, berkawan pula di FB. Bini dia pun kemain add friend jugak. Daripada situ, kami dah terjerat. Sembang suci dalam debu. Bukan main alim kalau bercerita. Macam la kami ni baru kenal Islam. Dia punya ayat, “Buat baik dengan orang, Allah akan balas berlipat ganda.” Masalahnya kami ni yang dia minta balas kebaikan. Alahai. Tanya kedai makan je hari tu. Jual ubat. Promote permata. Yang tak boleh blah, minta sumbangan bini nak bersalin. Bini pun 2×5. Mende la korang. Sengaja ke hospital swasta tu dah kenapa? Minta kami belikan pain killer sebab tak tahan sakit. Tanya anak keberapa dah bersalin ni. Mula-mula kata sulung. Kemudian anak kedua. Tanya sekali lagi tukar anak ketiga pulak. Cerita tentang kesusahsan bersalin caeser. Macam la kami tak pernah tau. Last sekali kami block. Rimas eh. Penunggang agama betul la…
7. Peminta sedekah.
Nampak budak-budak kecil minta duit ni memang kesian. Yang perut berboyot pun tak kurang juga. But please. Mereka pandai buat muka kesian. Level pancing simpati dah tahap dewa. Pejam mata, butakan hati. Kalau tak, korang datang buat amal je kat negara ni. Maka pulanglah anda ke Malaysia dengan perasaan merintih mendayu-dayu akibat kehabisan duit sebab kena paw dengan budak-budak ni.
Scammer di Filipina ni wujud. Diorang ni jenis lemah lembut je. Cakap meleleh. Ayat kesian tu banyak sangat. Ada yang driver grab ni baik hati jugak la cerita tentang keadaan rakyatnya. Rakyat Filipina ramai yang drug addict. Sebab tula kehidupan rakyatnya merempat. Hidup tak terurus. Anak-anak dibiar hidup di kaki lima. Minta sedekah waktu traffic berhenti. Ada juga sebagai buskers kedai ke kedai. Tak perlu on tv kalau nak tengok realiti kehidupan daif. Ada di Filipina.

Siapa ke Manila atau Cebu City, akan terfikir la bahawasanya yang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan terus miskin. Anda dapat lihat rakyat miskin yang hidup sebagai gelandangan. Mereka berniaga apa sahaja, di mana sahaja asalkan mendapat sesuap nasi. Di situ la tempat tidur, situ jugak la Bukan yang tourist je yang terkena. Rakyat Filipina sendiri pun kalau tak beringat memang akan turut juga terkena sebagaimana tourist lain.
Adakah Filipina tidak sesuai dilawati? Eh, tak la. Ok je. Cuma, perlu take note tentang bentuk scam. Jadi, adakah kami perit? Nope. Kami anggap ini adalah pengajaran. Jadikan sempadan buat masa depan. Bukan murah pengalaman ni. Mahal tau. harganya RM350. Kihkih Jangan kata travel, dalam setiap tindakan atau perkara kita memang perlu berhati-hati. Dalam Malaysia ni pun bukan main banyak kita terkena kan. Scammer ada di mana-mana. Kalau nak bandingkan negara berisiko, negara yang kami lawati sebelum ni perlu lebih berhati-hati.
Usah takut. Tempuhi setiap masalah dengan tenang. Always say NO after this. Especially to tour guide yang tidak diikhtiraf. Big NO, NO, NO! Now, we learned. Trust me, you must think twice every step you want to make.
Still wanna repeat? Of course la. Banyak tempat kot. Beribu pulau tak jejak lagi. Takkan sebab scammer gentle tu dah serik. Never stop travel hokey!
It’s more fun in the Philippines
28 thoughts on “Peringatan scammer di Filipina”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Thanks for sharing! Scammers ni kat Malaysia pun ada memalukan Malaysia sendiri. And banyak lagi lh kat KL tu depan mata-mata pun boleh lepas.
Anyway, bab yg kat phillipines ni, pernah tgok dokumentari depa. Agak menakutkan lah kalau pergi alone, kena pergi dengan lelaki berkumpulan. Depa ni ganas sikit kalau tak ikut cakap depa.
Next time mmg no, no je lah. No spik ingrish.
Sebenarnya Filipina tidak la menakutkan sebagaimana media cadangkan kepada dunia. Boleh je solo travel tapi perlu buat banyak persediaan dari segi study maps dan jenis scam yang biasa dibuat. Banyakkan menolak walaupun kita nampak itu kebaikan. Lebih baik memilih tidak daripada berkata ya
Scammers di mana sahaja. Kita kena berhati-hati. Pernah juga ke Filipina sewaktu kecil tapi masa tu dengan mama papa jadi tak berapa nak tahu la kan scammer bagai ni. Kecik lagi. Hmmm penunggang agama….macam ramai je sekarang….
Mana-mana pun ada. Entri ni cuma nak berpesan kepada traveller yang bakal berkunjung ke Filipina supaya lebih berhati-hati
betul cakap awak nih…mmg kalau kat sana depa buat apa saja untuk hidup..sebab taraf hidup..yg sempit mmg sempit betul. Manila…bz betul bandar tu hati2 lah. setuju sangat dengan entry nih
Taraf kehidupan sana tak tinggi macam kita. Pergi sana orang Malaysia jadi kaya. Rakyat mereka seolah cuba nak ambil kesempatan kepada pelancong luar. Tak kira dari negara mana pun. Nampak sangat diorang nak kaut. Bukan semua, tapi kebanyakan. Safety perlu diberi keutamaan tak kira di mana pun kita berkunjung
Scary Nye…I paling tak suka org Yang sentiasa Ada udang sebalik mee ni.Jahat Nye org yg suka guna agama utk scamner org ni. Bad experience for u . Tapi bagi pengajaran utk traveller lain.
semoga membantu
Harus berhati-hati dimana pon berada, penjahat zaman la ni kadang memang sangat kejam, tak kira siapa pon mangsa janji apa yang dia nak, dia dapat. So kena hati-hati sentiasa
Takde la kejam sangat rakyat sana bonde. haha…
Bestnya macam-macam pengalaman ada tapi scary juga kalau tak tau tak buat research betul-betul nanti jadi dekat diri sendiri baru gelabah kan hahaha terima kasih share! Harap ada rezeki nak travel nanti
Do research first before you fly there. Just to prepare yourself
Pernah juga dengar kalau pergi Filipina ni memang banyak sangat scammernya. Tapi tuh semua pengalaman kita dapat di tempat orang kan. Kalau tak kita tak tahu. Oerkongsian yang bagus
Perkongsian sekadar memberi gambaran keadaan ke sana kepada traveller yang bakal ke sana. Mungkin yang pergi tak pernah kena. Walaupun kami tak bernasib baik, tapi tetap bersyukur kerana dapat pengalaman seperti ini dan masih selamat
Thank you for the info. Senang nak rujuk kalau nk ke filipina. Well benda nie banyak berlaku di negara mundur dan miskin. Same goes to India. Pernah pergi ke sana dan but research banyak2 pasal scan. End up kena jugak scan dgn agency travel. Hahahha. Sangat setuju, dorang nie baik ada maksud. Hujung2 tu mesti nak duit. Dh boleh agak dah permainan dorg
India tak pernah pergi. Macam-macam cerita dengar kat sana. Rasa teruja yang amat nak rasai sendiri travel ke India. Nak tau betul atau tak apa yang orang cerita. Macam ke China sebelum ni. Bukan main ramai bagitau supaya berhati-hati rakyat China suka menipu. Sampai sana berbeza 100%. Kami dibantu dengan baik rakyat sana. So, pengalaman setiap orang tak sama. Pergi dan rasai sendiri baru boleh cerita
tu kalau nak pergi travel kene pergi denagn orang yang dah biasa travel..kalau nad la..hehee..sebab takut benda macam ni berlaku..seram aishh..dekat malaysia pun dah ade scammer..apatah lagi luar negara..tapi dasytnya filipina ni..huhu
kami sekeluarga tak suka ada orang lain waktu travel. nak privacy. apa yang terjadi di filipina ni akan kami jadikan panduan di perjalanan lain kali. pengalaman mengajar untuk tidak di kemudian hari
Hemm.. Baca pengalaman kat entri ni teringat juga pada kami yang nyaris2 nak berkawan dengan scammer yang tak habis2 dan seolah2 macam minta balasan atas pertolongan diorang semasa satu kejadian kami diluar negara.. bermacam2 benda dia suruh kami buat.. dah macam lembu cucuk hidung kami .. hanya disebabkan diorang laki bini pernah tolong kami.. lepas kami tahu kami ni macam dipergunakan.. so, kami pun block jugak laki bini ni.. sebab dah banyak sangat kami tolong.. takkan masih tak cukup nak balas jasa baik diorang..? seriusss…sejak tu takut nak mintak tologn orang ok.. fobiaaa!
negara mana tu? mula-mula macam okey la kan tolong-menolong sesama islam. sekali kami ni dipergunakan. yang tak tahan yang nak gunakan kami tu menggunakan nama islam. penunggang agama betul la…
terima kasih diatas perkongsian ini. banyak input saya dapat..takut juga bila bercerita di scammer sebab ianya berada di mana-mana cuma kita kena berhati-hati cara operasi mondus nya ya
Tapi yang Grab tu kita mungkin boleh buat report kat sana biar orang tahu service Grab sana tak bagus tidak seperti negara lain. Tapi bagus perkara kecil macam ni kita nak tahu sebelum travel kat negara orang yang kita tak tahu bagus boleh share nanti..
Boleh. Balik Malaysia terus buat report kat grab sana
[…] Previous< Peringatan scammer di Filipina […]
[…] Previous< Peringatan scammer di Filipina […]
I love Cebu. I miss Bantayan Island. I’ll be going back next year to the Philippines
The Phlippines is blessed with such a beautiful land and amazingly warm people. I always love coming back to the Philippines every year.
[…] Peringatan scammer di Filipina >Next […]