REVIEW
Sebelum ke Manila, baca dulu review Ninoy Aquinoy National Airport (NAIA)

Sebelum ke Manila, baca dulu review Ninoy Aquinoy National Airport (NAIA)

Ninoy Aquinoy National Airport atau NAIA, juga dikenali sebagai Manila International Airport sebagai satu daripada dua lapangan terbang antarangsa yang terdapat di bandaraya metro Manila yang merupakan landasan utama antarabangsa negara Filipina. NAIA ini terletak di sempadan Pasay City dan Paranaque City di Manila. 

Berbalik kepada ulasan mengenai lapangan terbang NAIA ini, sangkaan pertama kami adalah adakah mesra dengan muslim seperti kami? Ya, Muslim friendly sangat. Pegawai kastam yang bertugas untuk cop pasport adalah wanita Islam yang bertudung. Manis sangat air mukanya. Rupa macam orang kita. Jadi, bila dah rakyatnya ada beragama Islam, maka ada la surau. Di mana terletaknya surau? Sambung baca perenggan seterusnya di bawah ini.

Surau ni terletak di luar bangunan lapangan terbang. Selesai sahaja urusan imigresen, anda perlu keluar melalui pintu utama dan cari tanda “taxi” di sebelah kiri. Jalan sehingga ke Bay 8 dan anda akan menjumpai kaunter perkhidmatan Taxi dan Uber. Tiada internet nak panggil Uber? Mereka akan uruskan. Jadi, tak usah pening macam mana nak beredar daripada NAIA ni.

Dari titik Bay 8 sila terus jalan ke Bay 10. Surau tidak berada di balik Bay. Tetapi perlu berpusing ke kiri dan ada jelas terpampang sign yang bertulis “Muslim Prayer Room.”

Surau jelas menunjukkan tanda Muslim Prayer Room.

TAK ADA TEMPAT WUDUK. Kami kena masuk kedalam bangunan balik untuk cari tandas. Nak lebih mudah, isikan air di dalam botol mineral dahulu dan barulah berwuduk di dalam surau (Ni bagi kes takut mudah terbatal) Atau, kalau yakin mampu jaga wuduk dengan baik, boleh siap-siap wuduk di dalam tandas. 

Tandas tersangatlah bersih. Lantai kering. Selesai sahaja flush dan keluar selepas menyelesaikan hajat, pekerja yang berada di belakang pintu laju bangun untuk terus masuk dan check dalam tandas yang kami baru keluar. Dia punya muka time check tu kemain lagi. Memang cuak jugak la. Takut ada berbaki… Haha Jadi, sebelum keluar, check betul-betul!

Tisu takde dalam tandas. Ada di sinki berdekatan dengan sabun. Berjimatlah walaupun telah disediakan. Ini kemudahan orang awam. Fikirkan hak orang lain dan alam sekitar.

Kebetulan Niqrisa ukk ukk, kena basuh dulu. Dalam tu ada disediakan tempat bayi tukar lampin. Bersih je. Kalau tak yakin, pakailah tisu basah antibakteria. Yang ni sila bawa sendiri ya. Mana nak ada dalam tandas tu. Dan sekali lagi nak tegaskan, sila buang lampin pakai buang tu ke dalam tong sampah. Tong sampah takde pulak nak suruh asingkan jenis-jenis sisa. Buang jela dalam satu bakul sampah.

Airport ni tak besar macam KLIA atau KLIA2. Kedai nak shopping ada. Tapi tak banyak. Sekadar nak beli makanan dan cenderahati keychain tu ada la. Bagi yang niat nak habiskan duit peso di airport, saya cadangkan, tak payah. Beli la siap-siap sebelum nak balik. Tak sampai 10 kedai pun.

Ruang menunggu di boarding ada banyak kerusi. Memang banyak. Tak ramai yang menunggu berdiri. Tunggu 4 jam pun okey sangat. Lagipun ada meja kerja untuk membuka laptop. Plag pun disediakan. Tak bosan kalau menunggu. Sangat efisen bagi yang nak lepak lama.

Ini di terminal 4. Hanya penerbangan domestik sahaja.

Nursing room takde. Ni la pulak yang tak syok. Terpaksa pakai penutup kain apron tu untuk cover. Tapi segan jugak la sebab obvious kelihatan. Orang pulak ramai dan duduk berhimpit. Rasanya, ini kekurangan kot.

Foodcourt tak nampak. Waktu tiba memang tak nampak langsung sebab terus ke pintu keluar. Waktu nak balik pula, tak jumpa jugak foodcourt. Sebab niat nak breakfast. Yang ada hanya kedia-kedai yang jual roti dan air minuman. Status halal, tak pasti pulak. Jadi, langkah selamat, baik makan dulu di hotel baru keluar.

Semoga dengan penerangan pengalaman kami dapat membantu sesiapa yang nak landing di NAIA. Tak usah takut berada di sana. Macam balik kampung je pun. Haha. Happy holiday!

Enjoy our Manila – Cebu Vlog!

IT’S MORE FUN IN THE PHILIPPINES

Previous< Jejak ke Intramuros, Manila

Peringatan scammer di Filipina >Next

5 thoughts on “Sebelum ke Manila, baca dulu review Ninoy Aquinoy National Airport (NAIA)

Leave a Reply